Tuesday, May 18, 2004

Cerpen - Twenty Fifty-Seven

Baru selesai membaca cerpen tulisan Nik Nazmi bertajuk: Twenty Fifty-Seven.

Memang hebat cerpen hasil penulisan Nik Nazmi ini. Cerpen ini berlatar belakang kan zaman masa hadapan (tahun 2057 - mungkin sebab itu tajuknya Twenty Fifty-Seven). Cerpen ini cukup padat dengan mesej. Mesej yang ingin disampaikan adalah mengenai isu bahasa sebagai jiwa bangsa. Malah kalau dibaca cerpen-cerpen lain hasil penulisan Nik Nazmi pun, sememangnya kesemuanya diselitkan dengan mesej, yang tentunya menjadikan cerpen itu lebih menarik dibaca, kerana ianya membawa para pembaca untuk berfikir. Cerpen Nak Ajar Tentang Kurang Ajar, contohnya menceritakan perihal budaya membuli disekolah. Malahan budaya ini diplihara sendiri oleh para guru-guru disekolah tersebut. Cerpen Debat Hang Tuah - Hang Jebat pula adalah mengenai isu mahasiswa yang ditahan sebagai aktivist.

Berikutan dengan arahan kerajaan untuk menukar pembelajaran subjek Matematik dan Sains didalam bahasa Inggeris, penulis melakarkan keadaan yang bakal melanda anak-anak masa hadapan, iaitu hasil produk sistem pembelajaran kerajaan itu sendiri.

Apabila membaca cerpen ini, saya teringat pada artikel dari laman web rufaqa' corporation mengenai isu pembunuhan pemimpin Hamas. Didalam artikel tersebut, ada menyebut:

Bagi satu bangsa, apabila pendidikannya sudah tersilap, bangsa itu akan cacat dalam semua hal. Kerana bagi satu bangsa dan satu negara, pendidikan adalah nyawa. Ertinya dalam semua aspek yang wujud di dalam bangsa itu ditentukan oleh sistem pendidikan. Samada jangka pendek, lebih-lebih lagi jangka panjang.

Baca Cerpen Twenty Fifty-Seven

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP