Sunday, May 16, 2004

Destinasi Persinggahan

Peperiksaan A-levels semakin dekat. Bagi para pelajar yang mengambil subjek jurusan sains, paper fizik akan bermula esok. Bagi para pelajar seperti saya (mengambil subjek jurusan undang-undang) paper pertama akan bermula kurang 2 minggu lagi. I'm nervous, so I wrote this poem...

Putaran roda meluncur laju
Semakin menghampiri destinasi
Destinasi terakhir...?
Entah aku tak pasti
Tak betah aku melakar visi layangnya

Cuma aku mampu berharap
Menggemis segenggam harapan
Menyuntik setitis amanah
Melakar visi skala

Akan aku pastikan...
Destinasi ini, destinasi persinggahan
Batu loncatan menjulang aku tinggi
Akan aku pastikan...
Destinasi terakhir, destinasi finalis
Menggapai harapan cita terlaris

2 comments:

lieawulf said...

is it ok if i link you up at my blog?

Ideal said...

Yeap.. by all means. In fact, I already link you up at my blog. Hope u don't mind... thanx..

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP