Saturday, May 15, 2004

Sebuah Speda Biru

Sajak ini ditujukan khas buat para pengamal seni Taekwondo(WTF,ITF,GTF)

Sebuah speda biru
Aku melihatnya dgn kaca mata hijau
Hijau dan biru
Menjadi kuning

Sebuah speda biru
Dia melihatnya dgn kacamata kuning
Kuning dan biru
Menjadi hijau

Sebuah speda biru
Aku dan dia
Menanggalkan kacamata hijau dan kuning..
Lalu tersergam sebuah speda biru
Cantik berkilau dihadapan kami

Rambut sama hitam
Hati lain-lain....
Hanya kan sama
Bila ada muzakarah


Sajak ini menceritakan perihal persengketaan yang wujud. Bagaimana, sebuah speda yang berwarna biru, boleh dilihat dengan pelbagai warna oleh orang yang melihatnya. Begitu juga dengan persengketaan antara ITF, WTF dan GTF. Perkara yang sama, dilihat dari sudut dan aspek yang berbeza oleh pengamal seni masing-masing. Hal ini kerana, masing-masing melihatnya dengan kacamata yang lensanya diwarnai oleh ketaksuban terhadap seni masing-masing.

Seperti yang dicatat dalam rangkap terakhir, penyelesaian hanya akan dapat dicapai, bila ada muzakarah. Walaubagaimanapun, saya tahu untuk WTF, ITF dan GTF kembali bersatu merupakan sesuatu yang hampir mustahil... tetapi apa lah salahnya sekiranya ahli WTF dan ITF di Kolej Sunway menghentikan persengketaan ini. Saya masih lagi terus menerus menerima emel-emel dari ahli ITF yang terus menerus ingin berbalah. Hal ini takkan selesai, dan persengketaan ini takkan sampai ke mana kalau terus menerus begini. Hal ini menyebabkan saya terpaksa block beberapa ahli ITF dari senarai MSN saya, kerana setiap kali saya online, saya akan diganggu dengan mesej-mesej perbalahannya...

Akhir kata, buang yang keruh, ambil yang jernih....

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP