Sunday, June 13, 2004

Buta, Pekak dan Bisu

Baru-baru ini, dalam perbualan dengan ahli keluarga, topik mengenai figur ternama, Hellen Keller ada terselit. Berikutan dari perbualan ringkas itu, saya telah membuat rujukan lanjut mengenai figur tersebut di dalam Internet. Apa yang menarik perhatian saya adalah, kerana Hellen Keller ini merupakan seorang manusia yang buta penglihatan, pekak pendengaran, serta bisu sedari usia kanak-kanak, seawal umur 2 tahun lagi. Bayangkanlah, bagaimana agaknya keadaan kehidupan seorang yang tidak mempunyai ketiga-tiga aset utama panca indera. Mahu diajar melalui pertuturan, tak dapat kerana telinganya tidak berfungsi. Mahu diajar melalui cara tunjuk ajar, juga payah, kerana matanya buta. Malah kalau dalam Islam pun, hukum syarak terangkat dari padanya, kerana orang yang sudah buta pekak dan bisu sedari kecil ini, amat payah untuk diajar mengenai kewajipan serta tanggungjawap mereka sebagai hamba tuhan. Jadi mereka ini tidak wajib solat.

Namun demikian, berlainan pula halnya dengan Hellen Keller. Walaupun buta, pekak dan bisu dari usia 2 tahun, dia telah berjaya menjadi seorang sarjana graduan Radcliffe College. Dia juga telah banyak menulis buku-buku mengenai kehidupan, bagaimana membantu orang-orang buta, pandangan politik dan banyak lagi. Dalam jangka usianya, dia telah memanfaatkannya dengan menjalankan tanggung jawab sosial. Mengelilingi dunia, memberikan ceramah kepada umum mengenai pengalaman, pandangan serta kepercayaannya. Ceramah-ceramahnya di terjemahkan terus ayat demi ayat oleh 'guru'nya, Anne Sullivian dari bahasa isyarat yang digunakan oleh Hellen Keller, kepada bahasa pertuturan biasa yang difahami umum.



Persoalannya, bagaimanakah Hellen Keller, yang pekak bisu dan buta dari kecil ini boleh mencapai kejayaan yang sedemikian didalam hidupnya? Malah sewaktu usia kanak-kanak, Hellen Keller dianggap oleh saudara-maranya sebagai suatu bebanan yang menyusahkan orang. Ini kerana, Hellen Keller yang tidak boleh diajar ketika itu, seringkali bertindak mengikut kehendaknya tanpa menghiraukan orang lain. Dunianya adalah dunia tanpa interaksi, jadi dia tidak tahu membezakan apa yang baik dan apa yang salah. Dia sering melanggar dan memecahkan pinggan mangkuk dirumah, perabot, dan juga membuat bising dengan ila jeritannya. Saudara-maranya sering mendesak agar kedua ibu-bapa Hellen Keller menghantar sahaja anaknya itu ke institusi orang cacat. Namun demikian, kedua ibu-bapanya tidak berputus asa. Mereka berusaha mencari jalan agar anaknya itu boleh dididik dan diasuh dengan penuh kasih sayang. Akhirnya mereka bertemu dengan tokoh agung yang mencipta telefon, Alexender Graham Bell. Alexender Graham Bell telah memberikan nasihat, agar mereka meminta bantuan dari pengarah suatu pusat institusi orang buta, agar mencarikan anaknya itu seorang 'guru'.

Pengarah itu akhirnya berjaya mendapatkan seorang 'guru' yang bernama Anne Sullivian. Dengan guru inilah, keajaiban mula berlaku. Hellen Keller yang pada awalnya tidak pernah tahu menahu bahawa didalam dunia ini wujud interaksi, telah mengalami suatu perubahan. Ketika itu, Hellen Keller bersama 'guru'nya telah pergi ke perigi untuk mengambil air. Di perigi tersebut, 'gurun'nya telah menggerakkan tangan Hellen Keller mengeja perkataan air, didalam bahasa isyarat dan kemudiannya 'gurun'nya menyimbah air ditangan Hellen Keller. Bagaikan suatu keajaiban, Hellen Keller tiba-tiba terus terbuka hatinya memahami, bahawa dunia ini rupa-rupanya wujud interaksi. Dia terus faham, bahawa isyarat tangan yang digerakkan oleh gurunya membawa maksud air. Dan bermula dari inilah, kehidupannya mula berubah. Dari seorang yang menyusahkan, kepada seorang sarjana yang banyak menyumbang kepada umum....

Baca Kisah kehidupan Hellen Keller (dalam Bahasa Inggeris)

4 comments:

Rajiv Finn said...

betul juga.. it makes me feel very guilty because i had everything but i havent excelled faster
maybe because she tak dengar tak lihat anything so she can concentrate better?

but its somethin fantastic!

Anonymous said...

Seharum bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dipuja
Kau pasti tak percaya
Kasih ku bukan,
Untuk mu, sayang

Tiada ku sangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupan mu
Bila bunyi bersatu
Kau milik ku

Korus:
Misha : Pulangkan cinta hati ku
Ezad : Oh hentikan lah menghantui ku
Misha : Pulangkan oh pulangkan lah pada ku
Ezad: Ku pulangkan kesan hidup mu
Misha: Yang dikau musnah tanpa relaku
Ezad : Bebaskanlah maafkan daku, oh kasih

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hati ku ini
Akan ku jejakimu, kemana jua
Hingga akhir masa, sayang.....

lieawulf said...

hi aidil, actually I learned about Helen Keller in my Psycholinguistics course which I did in the past semester. Actually she's not the only "wild child" (the term that is used for children deprived from language skills and psychologically problematic). What's great about Keller was her parents effort, the love and care that surrounded her, the hardworking teacher - Sullivan etc. There's another girl called Genie, she was abused to confinement with her deaf mother. Eventually they ran away from the abusive father. She was then taught to speak, read, write - but her progress wasn't as successful as Keller. When she's spoken to, her response would be delayed, and her level of comprehension is obviously lower than Keller. The probably reasons for this, the mother was uneducated, some said retarded, Genie received love from the mother, but traumatised by the father's response - whenever she made the slightest sound, he would beat her. *just some extra info ^__^

Ideal said...

Thanks Alia for the extra interesting facts of yours. I'm gonna have to search in the net about Genie...hehe..

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP