Tuesday, June 08, 2004

Lagi-lagi Sabree Salleh

Kebiasaannya saya jarang menulis tentang isu semasa. Pada pendapat saya, perkara berkaitan hal semasa ini banyak dipaparkan di dada akhbar jadi tak perlu lagi untuk diulas atau di utarakan pendapat. Namun demikian, berlainan pula halnya kali ini. Hal ini kerana isu yang ingin diperkatakan adalah berkaitan dengan figur ternama dalam dunia sukan dan seni beladiri, terutamanya Taekwondo: Dato' Dr Sabree Salleh - Grand Master Taekwondo GTF didakwa subahat rasuah.

Terpampang di dada akhbar tempatan sebagai Head Line: Dekan UiTM didakwa subahat rasuah (Berita Harian), Bekas Dekan UiTM dituduh subahat invois palsu RM188,600 (Utusan Malaysia).

Selain berkecimpung dalam dunia perniagaan, Dato' Dr Sabree Salleh juga merupakan Grand Master Taekwondo salah satu dari aliran Taekwondo iaitu GTF (Terdapat tiga aliran utama Taekwondo, iaitu WTF, ITF dan GTF). Dia juga merupakan bekas presiden International Taekwondo Federation cawangan Malaysia (ITFM). Pernah menjadi dekan fakulti kajian sains sukan dan rekreasi UiTM.

Apa yang menarik perhatian saya adalah, Dato' Dr Sabree sebelum ini pernah ditendang keluar dari aliran Taekwondo ITF dan di pecat dari menjadi bendahari persatuan tersebut. Antara alasan yang dikemukakan oleh presiden persatuan ketika itu (mendiang General Choi Hong Hi), termasuklah kerana kesalahan salah laku, menggelapkan sejumlah wang persatuan tersebut. Setelah dipecat, Dato' Dr Sabree kemudiannya memilih menyertai persatuan aliran Taekwondo GTF pula, dibawah mendiang Grand Master Park Jung Tae. Dato' Dr Sabree kemudiannya dianugerahkan dengan peringkat talipinggang hitam tertinggi, ia itu darjah ke sembilan yang membawa gelaran Grand Master.

Dalam isu dia ditendang dari persatuan Taekwondo ITF tersebut, terdapat juga jawapan dari pihak Dato' Dr Sabree. Antara jawapan yang diberikanya termasuklah, dia ditendang apabila dia memohon untuk menduduki ujian untuk ke tali pinggang hitam darjah ke sembilan. Namun demikian, antara syarat-syarat yang diberikan oleh presiden Taekwondo ITF ketika itu, ada yang bertentangan dengan ajaran agama islam. Hal ini tidaklah mustahil, kerana sememangnya banyak seni beladiri apabila mencapai tahap-tahap tertentu, isu rohani dan kebatinan dijadikan keutamaan. Ini menyebabkan Dato' Dr Sabree terpaksa membantah. Bantahan Dato' Dr Sabree dilihat sebagai memperlekehkan serta merendahkan martabat guru utama seni Taekwondo ITF tersebut (seni beladiri dari oriental amat menekankan aspek patuh pada guru), lalu dia disingkirkan dari persatuan Taekwondo ITF. Sekiranya jawapan yang diutarakan ini benar, maka saya amat berbangga dengan pendirian Dato' Dr Sabree, kerana sanggup mengorbankan jawatan serta penghormatan yang diterimanya ketika di dalam Taekwondo ITF semata-mata untuk mempertahankan maruah agama.

Saya pada ketika itu (sebelum isu invois palsu ini) lebih senang beranggapan baik. Hal ini kerana isu itu telah senyap dengan begitu sahaja, dan dia tidak pula disabitkan kesalahan. Bukankah seseorang itu tidak bersalah, selagi dia tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah? Begitu juga halnya dengan pertuduhan subahat rasuah berkaitan invois palsu ini. Dia masih belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Malah dia sendiri apabila dibacakan pertuduhan telah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Oleh itu, berpegang kepada salah satu dari legal maxim: One is innocent untill proven guilty. Ingatlah, membebaskan orang yang bersalah itu adalah lebih baik dari menghukum orang yang tidak bersalah....

4 comments:

lieawulf said...

Ideal, you'd be surprised if the truth really comes out. But I doubt it...it's true, better to free the innocent, but then again...you'd be surprised ^_^

Ideal said...

ermm.. if he really is convicted.. than that's just too bad lah. Coz he is the only one malaysian which we have, which is recognized world wide as a Taekwondo grand master.. such a big lost for malaysia..

Rajiv Finn said...

alia's right.. surprise is imminent.. we'll wait and read the newspapers on ogos 20.. i'll go to the shop myself and buy utusan and bertita harian!! hehe!!

Anonymous said...

how come no news on dato sabree's trial? i am eager to find out...

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP