Tuesday, July 27, 2004

Kegadisan Seni

Dalam keluaran Seni Beladiri bulan ini, salah satu artikel yang terpapar adalah mengenai isu keaslian seni silat. Penulis lebih gemar menggelarnya sebagai kegadisan seni. Kalau keasliannya terpelihara, maka masih anak dara sunti lah seni itu. Begitu juga kalau sebaliknya.

Persoalan yang diutarakan dalam artikel tersebut termasuklah; keaslian apakah yang ingin sangat dipelihara oleh orang-orang silat ini? Sedarkah orang-orang silat, bahawa silat yang asli itu jauh sekali dari garisan agama Islam? Bukankah silat itu telah lama wujud. Lama sebelum datangnya islam ke Tanah Melayu lagi, Silat telah pun wujud. Jadi kalau keaslian yang sering sangat diperjuangkan oleh orang-orang silat adalah keaslian asal usul, maka sebenarnya mereka memperjuangkan silat yang penuh dengan kerohanian tahyul dan kebatinan batil. Kerana sebenarnya itulah hakikat Silat dizaman sebelum datangnya Islam (tak dapat lari dari pengaruh Hindu).

Memang ada benarnya pendapat yang sedemikian. Namun bagi penulis, setiap seni beladiri itu ada identitinya tersendiri. Sebab itulah, bagi orang-orang beladiri (martial artists), lihat sahaja sesuatu aliran beladiri digerakkan oleh pelatihnya, mereka sudah bisa mengenal pasti; "oh..yang ini silat.. yang ini Taekwondo, yang ini pula Kungfu..dsb"

Maka bagi diri penulis, apa yang ingin dikekalkan kaslian dalam silat itu bukanlah asal usulnya, kerana asal usul silat itu banyaknya datang dari unsur-unsur yang batil serta bertentangan dengan ajaran Islam. Sebaliknya, apa yang perlu dikekalkan adalah keaslian identiti Silat itu sendiri. Jangan dijadikan Silat seperti Taekwondo atau Karate. Sebab itu penulis sememangnya kurang bersetuju dengan konsep Silat Olahraga, kerana dalam Olahraga, hilang identiti Silat (yang ada cuma tari tangan, itupun digerakkan bila juri mengarahkannya). Yang selebihnya, semuanya tak ubah seperti Taekwondo ataupun Karate. Sebab itu kita lihat Vietnam menjadi kuasa besar dalam Silat Olahraga kini. Bukan kerana mereka hebat bersilat, tetapi kerana mereka hebat dalam seni-seni ala Taekwondo ataupun Karate. Kalau berjumpa dengan guru-guru tua pun, pasti mereka akan mengatakan: 'kalau nak berolahraga, boleh...tapi seninya jangan ditinggalkan...'

Apa-apa pun, keaslian silat tetap perlu dijaga. Jangan sampai suatu hari nanti, orang menyamakan Silat dengan Taekwondo atau Karate, sepertimana ramai orang yang menyamakan Muay Thai dengan Kick Boxing.Kick Boxing dengan Tomoi adalah dua seni yang berbeza. Satu adalah seni tradisional, manakala kick boxing adalah seni modern dari barat...

Akhir kata, hayatilah sajak Kegadisan Seni, dari penulis:

Seni nan indah
Dipercantik dengan dekorasi
Ditambat agar tak lari

Seni itu bertali arus
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Mengalir deras
Walau terkadang ada jua lesunya

Aku menjadi sang penggemis cinta
Menggemis cinta seni itu
Aku menjadi sang perayu kasih
Merayu simpati seni itu

Dalam aku merayu cinta
Ada petualang yang membusuk
Mencemar dengan tinta hitam
Seni nan indah diperkosa sewenangnya
Kegadisannya teragut sudah....

2 comments:

lieawulf said...

erm, how can I contribute my profile feature for SB magazine. who should I contact, aidil?

Ideal said...

erm.. alia, I'm not so sure who u should contact coz I myself have never contribute to the SB magazine. Maybe you can try email to the beladiri@hotmail.com or senibeladiri@hotmail.com

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP