Monday, July 19, 2004

Menyerah Kalah

Malam tadi aku membelek-belek buku tulisan Dr HM Tuah yang bertajuk: Nak ke Tak Nak? Dalam membelek, aku terjumpa sepotong ayat yang menarik untuk dikongsi bersama mengenai hal Sembahyang.

Cuba diperhatikan gambar di bawah. Gambar apakah itu agaknya? Ya.. gambar orang sedang mengangkat takbiratul ihram, salah satu dari pada rukun yang wajib dilakukan ketika bersembahyang. Kalau ditinggalakan, maka sembahyang menjadi tidak sah.

Pergerakan orang sedang mengangkat takbiratul ihram ini, saling tak tumpah seperti gerakan orang yang mengangkat tangan menyerah kalah, atau dalam bahasa Inggerisnya Surrender.

Dalam bersembahyang, kita menyerah diri, ataupun surrender kepada tuhan pencipta kita.. Wallahu a'lam..

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP