Friday, July 16, 2004

Polis Malaysia

 
Polis memang macam itu! Kalau dah teruk, baru mahu ambil tindakan. Kalau setakat kes kecil-kecil, mereka malas. Katanya ada kes yang lebih ber prioriti tinggi. Aku masih ingat lagi waktu kes aku kehilangan hand phone. Aku membuat laporan polis. Susah payah aku menceritakan apa yang aku ingat, secara kasar dan secara detail mengenai teksi yang aku naiki itu. Bukannya susah sangat untuk mereka track kembali si pemandu teksi, kerana aku siap memberikan nombor pendaftaran teksi sekali. Tapi sifat malas dan hanya ingin makan gaji buta membuatkan otak mereka bergerak aktif memikirkan alasan untuk diberi. Rasanya tak patut kalau polis hanya menyuruh aku track teksi itu sendiri!

"Habis tu kamu nak suruh polis yang cari teksi tu?" Begitulah antara kata-kata yang keluar dari mulut Sarjan Hassan. (Aku masih ingat lagi nama sarjan itu, dengan perutnya yang boroi)

Aku tahu, itu kesalahan aku kerana meninggalkan handphone itu secara tidak sengaja didalam teksi tersebut. Tapi dah berapa kali aku katakan pada mereka, yang ini bukan kes tertinggal. Ini kes kene tipu. Hal ini kerana, aku telah menghubungi kembali si pemandu teksi tersebut melalui nombor handphone aku yang hilang tersebut. Dan si pemandu teksi ada mengangkat telefon, sambil berjanji akan memulangkannya pada pondok kawalan teksi di Sunway Pyramid (atas permintaan aku).

Namun demikian, apabila aku menghubungi pondok kawalan teksi tersebut, mereka tidak mengaku ada teksi yang memulangkan handphone kepada mereka. Logiknya, kalau si pemandu teksi tak mahu memulangkan kembali handphone aku, buat apa dijawabnya panggilan, bila aku menelefon. Baik dipadamkan terus handphone aku itu.

Malah mereka cuba memutar belitkan fakta, dengan menyatakan bahawa teksi yang bernombor pendaftaran yang aku berikan itu, tidak beroperasi pada malam aku kehilangan handphone tersebut. Sungguh tidak logik! Habis, teksi yang aku naiki itu teksi hantu?

Sebab itulah, aku minta pada pihak polis, kalau boleh mereka track kembali pemandu teksi tersebut, dan buat siasatan sama ada dia telah memulangkan handphone itu atau tidak. Kalau sudah dipulangkan, bermaksud pondok kawalan teksi itulah yang telah menggelapkan handphone aku. Susah sangat kah kerja itu?...

Malam tadi, (khamis malam jumaat) cerita Gerak Khas, arahan Dato' Yusoff Haslam. Dalam setiap siri cerita itu, digambarkan seolah-olah polis Malaysia sungguh efisen dan bertanggung jawab dalam menjalankan tugas. Tapi itu cuma dalam kaca television...sedangkan kenyataannya sungguh berlainan!

1 comment:

Anonymous said...

haniff omar

allo brother next time hati2..polis byk keja lain nak buat

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP