Monday, July 12, 2004

Rumah Tinggal

Semalam, aku balik kampung ke Rembau bersama Mak, Ayah dan Wan (nenek dalam dialek Negeri Sembilan). Ke sana, dengan tujuan untuk menjenguk rumah pusaka arwah datuk aku, di Kampung Sungai Layang yang sudah sekian lama ditinggalkan terbiar. Sehinggakan kawasan keliling rumah dipenuhi belukar menyebabkan rumah tidak dapat dilihat oleh pelintas yang melintasi jalan di rumah itu. Rumah itu, oleh kerana dibiarkan terlalu lama (berpuluh tahun), kini telah dijadikan oleh orang yang tidak bertanggung jawab sebagai markas penagih dadah.

Walaupun sudah sekian lama ditinggalkan, rumah itu kelihatannya masih agak utuh. Walaupun ada beberapa bahagian yang agak reput, dan sudah runtuh. Di bahagian dapur contohnya, sudah tidak berlantai lagi. Lantainya sudah habis roboh, cuma yang tinggal sebahagian dindingnya sahaja. Atap bahagian dapur juga sudah compang-camping. Manakala bahagian lain rumah, masih lengkap. Lantai, dinding dan atap di anjung tamu kelihatan masih kukuh.

Baru-baru ini Wan aku telah membuat keputusan utuk membayar orang untuk membersihkan kawasan rumah tersebut. Jadi, semalam kami ke sana untuk melihat hasil kerja pembersihan yang telah dilakukan.

Gambar Rumah Tinggal

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP