Saturday, October 23, 2004

Alam Ghaib Mencabar Alam Teknologi

Ideal baru saja selesai membaca buku Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario. Memang cukup menarik buku ini. Menceritakan tentang tragedi 12 Julai 2004 baru-baru ini di Bario, iaitu kehilangan helikopter yang membawa Menteri Muda Sarawak Dr Judson. Dengan menggunakan teknologi canggih, termasuklah Helikopter De Orient dari Amerika Syarikat yang mampu mengesan objek hatta sebesar syiling 10sen sekalipun, pencarian telah berlanjutan hingga 16 hari, namun masih menemui jalan buntu.Sementelahan itu, ada yang menyamakan tragedi di Bario ini seperti kes-kes yang terjadi di segi tiga Bermuda.

Sinopsis dibelakang buku tertulis:
Hilangnya helikopter yang membawa Menteri Muda Sarawak Dr Judson bersama enam yang lain, telah menarik perhatian ramai orang bila pencarian selama dua minggu oleh segala kepakaran yang ada dalam sistem teknologi moden itu gagal!

Apa tidak kena dengan sistem kita ini?

Helikopter itu tapi akhirnya dijumpai setelah usaha mengesanya tidak lagi dengan alat teknologi canggih dan oleh pakar-pakaar pencari yang berpengalaman. Sebaliknya ia dikesan oleh kuasa rohani beberapa orang 'doktor langit' dari satu persatuan Doktor-Doktor fizikal dan rohani bernama Skylab. Mereka dapat melakukan itu dengan pimpinan seorang guru yang sangat mengusahakan sembahyang yang khusyuk, wirid yang dihayati serta mengusahakan perpaduan yang baik sesuai dengan ajaran Tuhan. Mereka tagih pertolongan dari Tuhan yang berjanji akan menolong dan melepaskan manusia dari masalah hidupnya bilamana manusia mahu bertaqwa kepada-Nya.

Ya, akhirnya Tuhan pun melakukan untuk mereka sebab Maha Suci Tuhan dari bermungkir janji. Maka terkejutlah banyak pihak kerana peristiwa ini. Bahawa di waktu sistem manusia sudah gagal maka Tuhan menawarkan sistemnya untuk dinilai, tanpa perlukan alat-alat canggih, tanpa memerlukan wang yang banyak.

Bahawa di kala dunia sedang gagal menemui jalan hidup yang selamat, mengapa tidak merujuk pada Tuhan Tuan punya keselamatan?

Kuasa Tuhan Telah Mencabar Kuasa Manusia di Bario. Selamat Membaca!


Kupasan dalam buku ini sungguh terperinci, hatta bagaimana pasukan mereka telah berkomunikasi dengan jin pun turut diceritakan. Nama-nama jin yang berhubungan dengan mereka, dan jelmaan jin yang datang dalam mesyuarat pasukan mereka. Begitu juga dengan firasat yang mereka terima, akan tempat dimana helikopter tersebut 'terhempas'.

Sungguh lucu kadang-kadang, bila ada manusia yang mengaku beriman dengan Allah, tetapi bila cerita-cerita alam ghaib, seperti alam jin dan sebagainya diceritakan kepada mereka, semuanya geleng kepala tak percaya. Malah lebih sedih lagi bila cerita perihal alam rohani ini diceritakan secara terperinci, (seperti firasat hati, komunikasi dengan jin dsb) ada pula yang menuduh hal ini karut dan membawa pada kesesatan. Sedangkan Tuhan sudah lama memberitahu:

- "Takutilah firasat orang mukmin, kerana hatinya memandang dengan pandangan Allah!"
- "Tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri padaku."
Baginda Rasul pula banyak menceritakan perihal ramainya jin-jin yang masuk Islam hasil didikannya.

Jadi, Masih tak mahu percaya?....

5 comments:

haiqal amri said...

dari mana saya boleh dapat buku tersebut,sekiranya tahu boleh hubungi saya di email shazli@penangport.gov.my

Puteri Iwana said...

Di mana bole sy dptkn buku ni saudara?plz reply to my email, langitkehidupanku@gmail.com

kimie syamara hakimie said...

Mcm best

kimie syamara hakimie said...

Mcm best

BAJU HITAM said...

DI KEDAI BUKU..MANA MUNGKIN DI KEDAI REPAIR MOTOSIKAL.......

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP