Sunday, October 31, 2004

Buat Apa Bela Kucing??

Ideal dapat topik ini daripada ex-rakan sekelas Ideal di Kolej Sunway, Nore. Dalam entry hari ini, dia kata:

Kadang-kadang aku rasa bela kucing memg tak de faedah pon. (Cat lovers: no offence!), ye la..we have to feed them but what do we receive in return? ..kalau bela ayam..lembu ke kerbau ke..penat2 bagi makan boleh gak sembelih..then makan..tapi kucing??huhu..kalau yg betina..kerjanya membuntingkan diri je.....

Itu pendapat peribadi Nore, dan Ideal hormati pendapat dia. Setiap orang ada citarasa masing-masing dan takde sesiapa pun yang boleh paksa orang lain untuk suka dengan pendirian dia. Jadi, entry Ideal kali ini adalah untuk membentangkan pendapat Ideal pula- Buat Apa Bela Kucing?

Memang benar, kalau nak dibandingkan dengan ayam, kerbau dan haiwan-haiwan ladang yang lain, kucing memang kurang memberikan hasil. Kalau ayam, lepas kita beri dia makan, kita pula yang dapat makan dia. Apalagi kalau ayam telur, siap dapat makan dengan telur-telur dia sekali.

Begitu juga dengan lembu. Orang Hindu cukup sanjung lembu, sehinggakan mereka mengangkat martabat lembu sebagai tuhan mereka. Mana tidaknya, lembu memang banyak jasanya. Dari lembu, susu diperah. Pulak tu, boleh dibawa untuk melakukan kerja-kerja sawah. Kalau di Melaka pula, siap ada kereta lembu lagi.

Tapi kucing...apa yang dia ada? Susu tak ada, daging pun tak boleh dimakan. Nak dibawa kerja kat ladang? Huh.. lagilah tak boleh. Jadi apa faedahnya bela kucing?

Mari kita lihat beberapa fakta:

1. Nabi SAW sangat sayang pada kucing. Sehinggakan, pernah suatu ketika nabi SAW mendapati seekor kucing sedang nyenyak tidur diatas pakaiannya. Sedangkan pada waktu itu, nabi hendak menyarung pakaian tersebut. Kerana tak mahu ganggu tidur kucing itu, nabi sanggup gunting pakaiannya dan tinggalkan bahagian tempat kucing itu tidur tidak berusik.

2. Bila berbicara tentang pulangan (hasil) yang kita dapat dari melakukan sesuatu, kita seharusnya bukan hanya berkira-kira di dunia sahaja. Sebaliknya, jangan lupa saham kita diakhirat kelak. Memang bela kucing, tak banyak hasil didunia- tak dapat makan, tak dapat susu dsb... Tapi diakhirat..siapa yang tahu? Ada satu cerita, mengenai seorang pelacur, yang dimasukkan oleh Allah SWT ke syurga hanya semata-mata kerana dia telah memberi minum pada seekor anjing. Manalah tahu kalau-kalau niat kita betul masa membela kucing, Allah terima perbuatan kita itu sebagai suatu ibadah.. besar manfaatnya tu.

3. Abu Hurairah, seorang sahabat nabi yang tersohor. Sahabat nabi yang paling banyak meriwayatkan hadith nabi (5000 ++ hadith) adalah seorang pencinta kucing. Sehinggakan dia digelar dengan nama Abu Hurairah yang bermaksud bapa kucing, dek kerana banyaknya jumlah kucing yang dipeliharanya.

4. Selain saham akhirat, ada juga saham dunia sebenarnya membela kucing ni. Pakar-pakar psikologi berpendapat mempunyai binatang peliharaan akan mengurangkan tahap stress seseorang. Dalam suasana dunia hectic masa kini, manusia memerlukan sesuatu untuk merehatkan perasaan mereka. Membela binatang peliharaan dapat membantu. Jadi, itulah pulangan yang kita dapat dari membela kucing. Kita beri dia makan, dia bantu kita mengimbangi perasaan.

Allahua'lam...

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP