Sunday, October 10, 2004

Ragut @ Rompak

GEMPAR...hehe, sebenarnya jiran tetangga Ideal semuanya gempar. Sebabnya?...Jiran depan rumah tu kene ragut. Ada orang kata ragut, tapi dari cerita yang Ideal dengar dari anak jiran tersebut sendiri, Ideal rasa ia bukan kes ragut. Sebaliknya rompak.

(Ideal akan merujuk nama jiran tersebut sebagai 'Makcik'. Makcik berumur dalam lingkungan 50an)Begini ceritanya...

Pagi itu Makcik mengajak anak-anaknya pergi ke Kompleks PKNS Shah Alam. Tapi anak lelakinya kata "Buat apa nak pergi pagi-pagi buta ni Mak. Kita pergi petang sikit lah." Anak perempuan Makcik tersebut pula kata, "Pagi sangat ni, Mak pergi dulu lah. Nanti bila dah habis, telefon. Kami pergi jemput balik, ye mak."

Memandangkan Makcik benar-benar mahu pergi ke Kompleks PKNS pagi itu juga, maka digagahinya diri untuk pergi seorang diri. Tujuan Makcik pergi kesana untuk membeli belah barang-barang untuk Ramadhan. Beli telekung dsb, untuk solat Tarawih. (Murninya niat... tak ramai orang yang membeli belah menyambut kedatangan ramadhan. Kalau yang membeli belah menyambut pemergian ramadhan ramailah..)

Sampai di Kompleks PKNS, Makcik terasa ingin buang air. Lalu Makcik pun pergi ke tandas perempuan tingkat dua PKNS. Kebetulan tandas ditsitu tidak ada yang menjaganya. Dalam bilik didalam tandas tersebut, tiba-tiba ada orang mengetuk pintu dari luar. Tanpa syak wasangka, Makcik yang menyangka orang yang mengetuk itu ingin menggunakan tandas tersebut, membuka pintu.

Namun demikian, belum pun sempat pintu dibuka sepenuhnya, pintu tersebut sudah ditolak dari luar oleh si pengetuk pintu tadi. Satu kelibat lelaki dalam usia lewat 20an muncul. Makcik yang tergamam, terus menjerit histeria. Lelaki tersebut, terpana, mungkin tidak menyangka yang Makcik akan bertindak histeria. Takut orang lain akan mendengar jeritan Makcik, lelaki tersebut membelasahnya menyuruh diam. Ditolaknya Makcik, disepak terajang, dan bila Makcik tersungkur pada jamban tandas, lelaki tersebut memijak-mijak kepala Makcik. Kejam seperti tidak ada hati perut. Kejam mengalahkan binatang!

Makcik masih menjerit histeria. Namun tidak ada orang yang mendengarnya. Lelaki tersebut mengeluarkan pisau, menghalakanya pada leher Makcik. "Diam, kalau tidak saya bunuh." Kata lelaki tersebut, mengugut Makcik agar jangan buat bising. Kemudian dimintanya agar Makcik menyerahkan semua wang.

"Ambilah semua duit makcik. Tapi jangan bunuh Makcik" Rayu Makcik pada lelaki buas tak berhati perut. Makcik ingin mencapai beg tanganya untuk diserahkan pada manusia binatang itu. Tapi belum pun sempat, Lelaki itu sudah menarik beg tersebut. Lalu dia beredar pergi. Berlari dengan cepat.

Makcik yang masih tergamam, berdiri kembali. Dia cedera. Matanya lebam, biru jadinya. Tanganya luka sedikit, terkena pisau lelaki buas. Dengan perasaan yang masih seperti tidak percaya, perlahan-lahan Makcik berjalan keluar dari tandas.

Dirumah, anak-anak Makcik masih menunggu telefon dari Makcik seperti yang dijanjikan. Mereka agak harian, kenapa lambat sangat Makcik telefon.

Diluar tandas, seorang hamba Tuhan datang. Dia yang hairan melihat keadaan Makcik yang penuh kusut masai bertanya. Lalu Makcik pun bercerita. Dengan rela hati, hamba Tuhan itu menghantar Makcik pulang ke rumah.

Sampai dirumah, anak-anak Makcik terkejut beruk. Tak pernah terlintas difikiran mereka yang ibu yang mengandungkan mereka akan diperlakukan sedemikian oleh manusia tak berhati perut. Rasa kesal mula menyelinap dalam hati masing-masing. Kalaulah diturutkan ajakan ibunya pagi tadi...kalaulah tidak dibiarkan ibunya pergi berseorangan.... tentu hal ini tak berlaku... Namun sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Anak lelaki Makcik membawa Makcik buat laporan dibalai polis. Walaupun tahu, tak banyak yang boleh dilakukan oleh pihak polis, namun laporan tetap perlu dibuat. Antara polis mahu jalankan tugas atau tidak, serahkan pada mereka (baca: Polis Malaysia). Di balai, polis menerima laporan mengikut prosedur biasa. Polis yang mendengar cerita sekejam itu lalu berkata: "Kalau kami dapat tangkap, kami akan kerjakan dia lebih teruk lagi dari apa yang dia lakukan pada Makcik."

Ideal kata, "banyak cantik muka polis. Nak jadi kes Dato' Sri Anwar ke? Ingat, polis tak berhak menghukum, mereka cuma soal siasat (ataupun lebih jelas lagi, soal siat-siat). Hukuman adalah hak hakim untuk dijatuhkan. Setiap suspek atau defendan ada hak untuk membela diri. Polis tidak ada hak untuk menghukum sebelum dia diberi peluang membela diri, dan sebelum hakim menjatuhkan hukuman. No one is guilty, until proven by the court. Teruk betul Polis Malaysia ni!

Tak lama selepas itu, seorang lagi hamba Tuhan menelefon. Tertera di skrin handphone, nombor handphone Makcik yang telah dirompak oleh lelaki tak berhati perut pagi tadi. Rasa pelik, tapi tetap dijawabnya panggilan tersebut.

Ternyata hamba Tuhan yang menelefon itu telah terjumpa beg tangan Makcik yang dirompak. Selepas dibolotnya semua duit, handphone dsbnya, perompak itu meninggalkan beg Makcik di tandas di salah sebuah stesen minyak di Shah Alam. Handphone yang diambil, sebelum itu telah dibuka dan simcard ditinggalkan. Jadi hamba Tuhan yang terjumpa beg tersebut, menggunakan simcard yang tertinggal itu untuk menghubungi nombor anak lelaki Makcik. Lalu beg Makcik dipulangkan, dan dokumen penting terselamat. Alhamdulillah....

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP