Monday, October 11, 2004

Untung Nasib Dalam Saham- Halal Haramnya...

Semalam chatting dengan seorang rakan yang sedang menuntut undang-undang di UK. Farizal namanya. Dia bertanyakan Ideal tentang hukum main saham, halal haramnya. Ideal tak salahkan dia bertanya..sebab memang ramai yang keliru bila datang bab saham. Tak kurang juga yang kata main saham ni macam berjudi, sebab untung rugi bergantung pada nasib semata-mata. Kalau nasib baik, saham naik, maka untunglah. Kalau nasib tak baik, saham jatuh, ramai yang terjun bangunan.

Ideal pun beri penerangan ringkas padanya mengikut apa yang Ideal faham, lebih kurang seperti berikut:

Konsep saham:

Ideal nak beli sebuah kek, dengan tujuan untuk dijual balik dengan harga yang lebih tinggi (nak berniaga lah ni). Harga kek itu RM10. Masalahnya, Ideal takde duit sebanyak itu. Jadi, Ideal rancang untuk berkongsi kos RM10 itu dengan rakan-rakan.

Ideal membahagikan kek itu pada 5 bahagian. Jadi, kosnya kini jadi 10/5 = RM2. Kemudian, Ideal menawarkan kepada rakan-rakanya, siapa yang ingin sama-sama berkongsi kos kek untuk dijual. Satu bahagian share dari kek itu harganya RM2.

Kemudian datanglah rakan Ideal, Farizal.

Farizal bersetuju untuk beli 2 bahagian share. Jadi, 2 bahagian X RM2 =RM4. Kos yang farizal bayar sebanyak RM4. Share farizal sebanyak 2 bahagian.

Beberapa hari kemudian, kek itu berjaya dijual dengan harga RM20. Bermakna untung keseluruhan dari kek adalah RM10. Tapi disebabkan kek telah dibahagikan kepada 5share, maka setiap satu share, untungnya adalah RM2.

Farizal yang beli 2share, mendapat keuntungan sebanyak 2 share X RM2 keuntungan= RM4.


Lebih kurang begitulah konsep saham secara kasar. Jadi kalau dilihat dari konsep ringkas ini, tak ada haramnya dalam bermain saham. Allahu a'lam...

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP