Thursday, November 11, 2004

Cerpen: Mata Nan Terpaku

Semalam Ideal tidur lambat. Dekat pukul 3 baru nak lelap. Entah kenapa, tiba-tiba datang mood nak menulis. Ini, sebuah Cerpen yang Ideal siapkan semalam bertajuk Mata Nan Terpaku:

Boy bersandar kebelakang. Lenguh sungguh rasa badannya. Sudah berjam-jam duduk terpacak disitu. Ditelinganya disumbatkan ear phone, ditorturenya gegendang pendengarannya dengan muzik heavy metal kuat-kuat. Tak habis-habis tangan mengetik. Memang berat, berat sungguh...Minggu depan date line, tapi kerjanya sekerat jalan pun tak sampai lagi. Itulah penangan suka melengah-lengahkan kerja.

Jarum jam di dinding dua-dua sekali terpacak tegak keatas. Malam sudah larut, Mama dan Papanya sudah masuk tidur. Tinggal Boy seorang yang masih setia dengan kerja-kerjanya. Setia?... Heh! Mama dan Papanya bila melihat anak yang seorang itu begitu rajin, belajar sampai embun membasahi rumput, tak dapat tidak, pasti menyelinap dalam sanubari masing-masing rasa bangga. Itulah Boy nan seorang, satu-satunya anak mereka.

Masih lagi bersandar, Boy menarik nafas panjang-panjang. Lalu dihelanya perlahan. Pejam celik matanya beberapa kali. Letih, terlalu lama menatap skrin.

Tangannya mencapai pantas pada tetikus komputer. Dia inginkan hiburan sebentar. Diklik ikon kesayanganya. Connect! Matanya terpaku, nafasnya turun naik, adiknya mencanak.


"Boy.... Boy bangun, nak." Lembut suara Datin Zaleha mengejutkan anaknya. Sudah 7.30, anaknya masih belum bangun. Masih belum subuh. Risau juga dalam hati, takut nanti tak sempat pula anaknya itu sampai ke kelas tepat pada waktu.

"Mmmm.. Boy mengantuk lah Mama."

"Boy kan ada kelas pukul 8 nanti. Nanti terlambat pula."

"Boy tidur lambat malam tadi. Siapkan kerja tu... Mengantuk laaaaa Ma. Kelas pukul 8 ni pun bukan kelas penting." Boy jawab dalam suara rengek malas. Lalu disambung tidurnya lagi.

Hati ibu mana yang tak kasihan? Bukankah wanita itu sememangnya sudah menjadi naluri semula jadinya, diperlengkap dengan perasaan belas keibuan. Dia kasihankan Boy yang tak tidur malam kerana belajar. Rajin sungguh. Dalam masa yang sama dia juga risau anaknya tidak ke kelas. Antara belas dan risau, Datin Zaleha mengalah dengan perasaan kasihankan Boy. Lalu dibiarkan Boy lena sampai ke tengah hari.

Tengah hari itu Boy bertolak ke universitinya. Kelas pagi sudah terlepas, takkan kelas tengah hari pun nak dilepaskan juga. Takut nanti gagal dalam peratus kehadiran, tak dapat duduki peperiksaan pula. Untuk dua bulan pertama semester ini sahaja, sudah 5 kelas tidak dihadirinya. Kalau berterusan begini, teruk lah nanti. Pasti dia tak dapat duduki peperiksaan. Dan itu maknanya dia terpaksa mengulang semester ini sekali lagi. Ah, tak larat dia nak mengulang! Nanti apa pula kata Papa dan Mama. Pasti mereka bersedih.

Malam itu Boy makan bersama-sama dengan Mama dan Papanya. Mama dan Papa yang selalu sibuk menyebabkan mereka jarang sangat dapat makan bersama. Papanya seorang ahli korporat berjaya, manakala Mamanya pula aktif berpesatuan. Papanya sibuk dengan mesyuarat ke sana ke mari, Mamanya pula sibuk memperjuangkan hak ke hulu ke hilir. Perjuangan hak asasi wanita lah, Sisters in Islam lah, dan banyak lagi itu ininya. Tinggal Boy keseorangan dirumah. Sebab itu bila sesekali dapat makan bersama seperti malam itu, hati Boy girang. Terhibur tak terhingga.

Bila sesekali dapat bersama begini, Boy gunakan kesempatan sebaik mungkin. Diceritakan pada Papa dan Mama macam-macam. Papa dan Mama pula setia mendengar. Boy seolah-olah terlalu gembira, ingin di qadha' nya sekalian kesunyian yang dirasai selama ini, lalu dia berceloteh tak henti-henti. Begitulah zahirnya mereka tiga sekeluarga, sungguh mesra bila bersama.

Boy masuk tidur awal malam itu, sama-sama dengan Papa dan Mamanya. Ditinggalkan dulu kerja-kerja assignmentnya. Dia terlalu gembira malam itu untuk duduk menghadap skrin komputer kesayangannya. Tidurnya nyenyak, mimpi pun yang indah-indah belaka.

Keesokannya hari minggu. Boy tak ada kelas sehari suntuk. Bangun sahaja pagi itu, rumahnya sudah sunyi sepi. Jangan ditanya kemana Papa dan Mamanya, kerana memang begitulah selalunya mereka. Tak pernah lekat dirumah, walaupun hari-hari cuti. Namun demikian, sibuk-sibuk begitu, Mamanya tak pernah abaikan tanggung jawab makan dan minum Boy.

Boy langsung turun ke dapur, dibukanya tudung saji. Mamanya masak nasi goreng. Boy tersenyum sendirian. Boy tahu, Mamanya sengaja masak nasi goreng sebab memang itu makanan kegemaran Boy. Sayang Mama!

Lepas makan, Boy belek-belek cd yang tersusun rapi pada rak di ruang rehat rumahnya. Puas dibeleknya, tapi semua cerita sudah dikhatamkannya berulang kali. Tak ada satu pun cerita yang menarik minat Boy untuk ulang tonton kembali.

Boy masuk ke kamarnya. Digeledahnya almari. Terukir sekuntum senyuman puas. Dicapainya cd berbekas biru itu lalu beredar ke ruang rehat, tempat tv dan vcd player terletak. Boy memasang cerita cd tersebut. Dia kemudian duduk bersandar diatas sofa. Matanya terpaku, nafasnya turun naik, adiknya mencanak naik. Begitulah pengisian masa terluang, masa terbiar apabila Boy keseorangan.

Dato' dan Datin Zaleha pulang lambat malam itu. Datin jam 9 malam baru sampai rumah. Manakala Dato' pula jam 12 baru kedengaran bunyi kereta. Datin Zaleha masuk tidur dulu, tidak ditunggunya Dato' pulang. Terlalu keletihan barangkali, ditambah pula esok pagi-pagi jam 9 dia ada morning tea di rumah Datin Sri. Bila Dato' pulang jam 12 itu, dia terjaga sebentar. Dia teringat akan Boy. Sedari pagi tadi belum dijenguknya lagi anak kesayangannya itu.

Mana tidaknya, pagi-pagi sebelum Boy bangun lagi, dia dan Dato' sudah keluar rumah. Malam pula, sesampai saja di rumah, langsung direbahkan badannya keatas katil dek kerana terlalu keletihan. Tak sempat langsung menatap wajah anaknya. Wajah anaknya yang suka berceloteh itu. Wajah anaknya yang manja.

Dalam hati Datin Zaleha, kalau belum tidur, pasti Boy masih duduk menghadap komputer, sambil jari jemari mengetik assignment. Datin menguap panjang, dia tersenyum mengenangkan betapa bertuahnya dia memiliki seorang anak yang boleh diharap rajinnya. Tergerak pula hatinya ingin hendak menjenguk anaknya sebentar. Biar dilepas rindunya untuk hari itu.

Boy yang sedang duduk bersandar, mata terpaku, nafas turun naik dan adiknya mencanak, terkejut besar. Tak terlintas difikiran yang Mamanya akan bangun tengah-tengah malam begini masuk kebiliknya. Datin Zaleha pula terkejut beruk. Dia terlopong melihat apa yang dilihat anaknya. Datin Zaleha yang ada lemah jantung, tiba-tiba nampak semuanya gelap. Anak kesayangannya yang diletakkannya harapan setinggi langit, sudah pecah tembelangnya. Disitu juga Datin Zaleha rebah tak berdaya.

Boy jadi panik. Tanpa berfikir panjang, Boy menjerit memanggil Papanya. "Papa, Mama pengsan."

Skrin komputer masih belum dimatikan Boy, tapi Dato' sudah sampai. Dalam keadaan kelam kabut itu, mata Dato' sempat singgah ke skrin komputer Boy sebentar. Lalu matanya terpaku disitu. Boy yang baru perasan dia terlupa matikan komputernya, terkesima tak tahu reaksi apa yang patut ditunjukkan.

"Papa, cepatlah, Mama pengsan ni!"

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP