Wednesday, December 22, 2004

Is Malaysia An Islamic State?

I have been given a quite interesting assignment for MTC research paper. MTC is basically something like Malaysian Studies+Law. My group, consists of myself and 3 others decided to choose the topic of: Is Malaysia An Islamic State?

For the time being, we haven't started any research in group yet. But I have personally read few books and articles relating to the issue. I found an article written by Abu 'Ali Hussini, which had actually made me think twice, if I were to declare Malaysia is an Islamic state. I quote his article:

Seseorang yang bukan Islam, misalnya Ah Chong atau Ramasamy atau Putong A/L Ambok yang sembahyang lima waktu dan puasa dalam bulan Ramadan tidak menjadikan beliau seorang Muslim kerana beliau tidak mengucap dua kalimah syahadah yang bertunjangkan kepada kesedaran tauhid. Begitu jugalah jika sesebuah negara yang membina bank Islam atau sekolah Islam atau masjid untuk orang Islam masih belum boleh dianggap sebagai sebuah negara Islam jika negara tersebut tidak “mengucap dua kalimah syahadah” iaitu meletakkan dasar bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah. Ringkasnya maksud kalimah syahadah ini menafikan adanya Tuhan, peraturan, kuasa, manusia, kebendaan atau perasaan serta nafsu yang lebih besar atau lebih mulia dari Allah SWT dan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Qur’an dan apa jua yang disampaikan oleh Rasulullah saw. (Someone not a muslim, for example Ah Chong or Ramasamy, or Putong A/L Ambok who pray 5 times a day, and fast during Ramadhan, does not make them a Muslim because they are not beleivers. They do not comply the syahadah, which is the root of the Muslims's beleif (Tauhid). The same thing apply to a country which imports the system of islamic banking, builds islamic schools and mosques for the muslims. The country is not yet 'a Muslim' if the country does not comply the syahadah, which is to declare that there is no God other than Allah, and Muhammad is His messanger. In conclusion, syahadah means: to deny the existence of God, rules, powers, humans, materials, or whatever it is.. which is greater or superior than Allah SWT and His laws and rules which have been stated in the holy book of Quran or in His messages to Rasulullah saw.)

This statement basically denies statements by various parties who claims that Malaysia is an Islamic state due to the existence of alot of islamic systems, especially in the banking industry, education (we have islamic schools and Islamic Universities such as IIUM), and also taxes (where we have zakat). Muslims from other countries admires the islamic components which have been applied in Malaysia. However the clause goes: So long as the country's supreme constitution does not comply with syahadah, the country is not yet an islamic state.

In the Federal Constitution

Article 3(1)
Islam is the relegion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.
According to an ex Cheif Justice of the Federal Court, Tun Muhammad Sufian Hashim, the main reason why Islam was addressed as the federal religion is only for festival purposes and nothing else. So that, in official ceremonies there would be recitation of prayers or so. While according to Prof. L.A Sheridan and Harry E. Groves, Article 3(1) does not have any legal effect.

Article 4(1)
This Constitution is the supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void.
According to Prof. Madya Hj. Salleh Buang, this article have actually restricted the applications of Islamic laws in Malaysia. This article in other word declare that the Federal constitution is the supreme law. It is superior over any other laws, including the islamic laws itself. Therefore, an Islamic law may come into effect only if it does not contravene with the federal constitution which is mainly imported from the English and Indian legal system. This article demands that the divine law being altered so that it complies with human made law.

That is why, we see there are decisions made by the court which clearly contravene the divine law, as in Ainan lwn Abu Bakar. In this case, it was decided that a child which was born only 2 months after the parent's marriage is considered valid to be the lineage of the father.

Despite the harshness of the Federal Constitution to the Islamic Law, there are still certain decided cases which clearly recognize Islamic law. This may be seen in cases of Rahmah lwn Laton, The Offical Administration F.M.S lwn Mohihiko and Fatimah binti Haris lwn Haji Ismail bin Tamin. In Rahmah's case for example, the court of appeal stated that Islamic law is no foreign to the country, instead it is the law of the local, and the country's law. The court should take into account these Islamic laws in the judiciary, and declare the validity of these laws.


Basically what my group is planning to research for this topic are:

1. Breif history how Islam came to Malaysia

2. Politic system during Rasulullah's and Khulafa's time

3. Economic system during Rasulullah's and khulafa's time

4. Current politic system practiced in Malaysia

5. Economic system practiced in Malaysia

6. Islamic laws that governs Malaysia
i.e- Islam in Federal Constitution
- Syariah Court
- Several examples of decided cases
- Islam Hadhari

7. Examples practices of other Islamic country, i.e- Saudi, Pakistan, Iran, etc..

8. Quran vers related to Islamic state.

More...

Saturday, December 11, 2004

Jalan-jalan Cari Makan Photoblog

Yesterday, I went 'jalan-jalan cari makan' with some of my course mates. Went there by Akmal's kancil.. Here are some photos of our exploration to search for something to eat..

For the time being, my life here in campus is a bit dull. Well, basically its dull because I have yet found any Taekwondo club here. I've actually consulted the HEP (Hal Ehwal Pelajar) which is suppose to administer the clubs and societies here. But they seems to know too little. According to them, there is a WTF Taekwondo here, but the details are not with them- training day, time, venue.. etc..

Sigh!!! I just can't breath without Taekwondo....

Friday, December 03, 2004

Kegagalan Seorang Ideal - Sebuah Analisa

Ideal gagal memperoleh keputusan cemerlang dalam A Levels yang lalu!

Tapi ini bukan ceritra tentang kegagalan. Sebaliknya ini adalah kisah tentang jatuh bangunnya seorang Ideal. Kita selalu dengar pepatah yang berbunyi: 'Kehidupan kita ini bagaikan roda. Ada kalanya kita diatas, ada tikanya pula kita dibawah.' Firaun yang gah itu pun, tak dapat melawan resam kehidupan. Akhirnya tersungkur juga dia. Sedangkan sewaktu hayatnya, dia tak pernah sakit hatta walau bersin sekalipun. Begitu juga dengan empayar Othmaniah yang suatu masa dahulu begitu berkuasa hingga mampu menakluk sepertiga dunia. Bila tiba masanya, jatuh juga akhirnya. Begitulah kuasa dan takdir tuhan.

Resam 'bagaikan roda' yang menimpa Firaun dan empayar Othmaniah sudah pun menimpa diri Ideal. Dulu, sewaktu disekolah rendah, Ideal seorang yang boleh dikategorikan sebagai lembab. Seingat Ideal, nombor paling cantik yang pernah Ideal pegang dalam rangking kelas cumalah sekadar nombor 7. Kalau dibandingkan dengan abang Ideal yang hampir setiap peperiksaan mendapat nombor 1, Ideal memang teruk. Malah, pernah suatu ketika Ideal curi-curi dengar perbualan antara Ibu Ideal dengan guru tuisyen: "Kalau boleh cikgu berikanlah tumpuan lebih sikit pada anak saya yang ini, sebab dia ini LEMBAB sikit". Waktu itu, bila dengar perkataan lembab dari mulut ibu Ideal, Ideal memang benar-benar rasa rendah diri.

Namun demikian akan tiba juga masanya yang dibawah naik ke atas. Segalanya berubah waktu Ideal naik ke sekolah menengah. Bermula apabila Ideal dimasukkan ke kelas elit dalam sekolah, Ideal mula merasakan bahang persaingan antara rakan-rakan sekelas. Semenjak itu, Ideal terus menerus mencipta kejayaan yang boleh dibanggakan. Dalam PMR, Ideal merupakan satu-satunya pelajar lelaki melayu yang mendapat 7A (Ideal mengambil 8 subjek sahaja), selain seorang lagi perempuan Melayu yang mendapat 8A. Seterusnya, dengan keputusan itu Ideal telah diterima masuk ke MRSM Serting. Di MRSM pula, Ideal telah berhempas pulas untuk menghadapi SPM, yang mana akhirnya telah membuahkan hasil yang tidak kurang moleknya: 8A

Dengan keputusan itu, Ideal telah diterima masuk ke UIA untuk kursus kejuruteraan. Namun belum pun sempat berpanas punggung di UIA, satu lagi tawaran memanggil-manggil. Tawaran untuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melanjutkan pelajaran ke UK, dalam bidang Undang-undang. Tapi sebelum itu, Ideal perlu terlebih dahulu menghabiskan A Levels (juga dibawah tajaan JPA) sebagai kursus persediaan untuk ke sana.

Dalam waktu Ideal membuat kursus persediaan inilah, roda yang sebelum ini diatas, telah jatuh semula ke bawah. Lalu kegagalan pun menimpa Ideal.

Ideal bukan mahu mempertikaikan takdir tuhan. Tidak, tidak sekali-kali. Tuhan itu maha mengetahui atas apa yang ditakdirkannya, jua Dia maha adil. Apa yang Ideal ingin paparkan di sini adalah analisa, tentang jatuh bangunnya era pembelajaran Ideal, agar dapat dijadikan sumber untuk memperbaiki diri ini.

Kalau dilihatkan era mencipta kejayaan Ideal (iaitu zaman sekolah menengah), Ideal tak pernah berpuas hati dengan kecemerlangan yang Ideal capai. Ini membuatkan Ideal benar-benar bersemangat untuk terus mara. Waktu di menengah rendah, kedua ibu bapa Ideal tinggal nun jauh di Mesir (atas panggilan pekerjaan) untuk mencari rezeki. Oleh itu, Ideal telah dimasukkan ke asrama di Sekolah Menengah Undang Rembau. Sekolah ini bukan asrama penuh, malah peratusan pelajar yang duduk diasrama teramatlah kecil. Jadi, kemudahan-kemudahan asas asrama sangatlah tidak lengkap. Kehidupan disana boleh Ideal ibaratkan sebagai zaman kehidupan paling teruk dalam konteks keselesaan.

Segala-galanya tidak selesa. Tempat tidur, tandas, dewan makan, abang-abang senior... semuanya teruk. Malah suasana pembelajarannya juga amat teruk. Namun demikian, kehidupan yang teruk lagi menyiksakan inilah yang telah membuatkan Ideal berazam dan berusaha sungguh-sungguh untuk cemerlang. Matlamatnya satu, iaitu untuk cemerlang dalam PMR, agar dapat keluar dari sekolah itu, dan berpindah ke sekolah berasrama penuh yang mempunyai suasana lebih kondusif. Dengan kata lain, kehidupan yang teruk menjadi sumber inspirasi untuk Ideal berjaya.

Apabila naik ke menangah atas di MRSM Serting, kehidupannya jauh selesa berbanding sekolah lama Ideal. Kalau di sekolah lama dulu Ideal berkerja keras agar dapat berpindah ke tempat yang lebih baik, namun demikian di MRSM tidak ada lagi cacat cela persekitaran yang mampu dijadikan sumber inspirasi untuk Ideal berusaha. Segala kemudahannya mencukupi, serta suasana pebelajaran begitu mengasyikkan.

Suasana persekitaran yang teruk tidak lagi relevan untuk memotivasikan diri Ideal ketika di MRSM. Ideal pada waktu itu sudah berpuas hati dengan apa yang Ideal perolehi di MRSM. Sebaliknya, apa yang telah berjaya mendorong Ideal untuk terus cemerlang adalah cita-cita Ideal sendiri. Waktu itu, Ideal benar-benar kepingin menjadi seorang juruterbang. Ideal tahu, untuk menjadi seorang juruterbang, subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik amat penting. Tambahan pula, persaingan untuk mendapat tempat sebagai seorang juruterbang amat tinggi, kerana dalam 1000 orang yang memohon, hanya 10-20 orang yang diterima untuk setiap kemasukan. Jadi keputusan cemerlang dalam SPM merupakan suatu kemestian untuk merealisasikan cita-cita Ideal yang ini. Melalui cita-cita ini, Ideal terdorong untuk cemerlang dalam peringkat SPM.

Seterusnya Ideal menerima tawaran dari UIA, dan kemudian dari JPA untuk kursus persediaan undang-undang ke UK (tak perlulah Ideal ceritakan disini kenapa Ideal tidak meneruskan cita-cita Ideal untuk menjadi seorang juruterbang). Sewaktu membuat kursus persediaan, iaitu A Levels dibawah tajaan JPA Ideal telah ditempatkan di Kolej Sunway. Disini, segalanya begitu selesa. Para pelajar tajaan JPA semuanya ditempatkan di sebuah condo yang boleh dikategorikan sebagai mewah. Kemudahan condo itu mencakupi dari kemudahan capaian internet 24jam, hinggalah ke sebuah kolam renang bersaiz olimpik. Pendek kata, kehidupan 2 tahun di kolej Sunway adalah kehidupan yang senang. Tiada langsung susahnya.

Di peringkat ini, Ideal sudah seolahnya berasa lega dengan pencapaian Ideal. Seolah-olah tiada apa lagi yang ingin dikejar, tiada apa lagi yang perlu dicapai. Mendapat tajaan JPA untuk kursus persediaan membuatkan Ideal rasa terjamin masa depan, terjamin akan melanjutkan pelajaran ke UK dalam jurusan undang-undang, terjamin menjadi seorang peguam.

Kehidupan terlalu senang, ramai yang menyangkanya sebuah kehidupan sempurna. Namun mereka salah. Sebab kehidupan yang senang sebenarnya ketandusan tekanan. Seseorang yang tidak melalui tekanan, sukar berjaya. Cuba kita lihat para rasul persuruh Allah. Mengapa mereka diberikan ujian serta tekanan yang begitu dahsyat oleh Allah? Sedangkan mereka itu adalah kekasih Allah. Sebenarnya tekanan itulah yang akan membentuk peribadi seorang untuk berjaya. Dalam buku Dare to Fail, penulisnya Billi P.S Lim ada memberi contoh batu berlian yang sangat cantik. Bagaimanakah berlian itu boleh menjadi sedemikian indah, kalau tidak kerana berlian telah melalui tekanan yang begitu tinggi jauh ke dasar bumi. Lebih tinggi tekanan yang diterima, lebih indahlah hasil yang keluar.

Dari analisa Ideal, mungkin perasaan terjamin atau dalam bahasa inggerisnya feeling secured adalah tunjang kepada punca kegagalan Ideal mencapai kecemerlangan dalam A Levels. Apabila seseorang merasa terjamin, apabila seseorang merasa selesa dengan kedudukannya, apabila seseorang merasa cukup dan berpuas hati dengan pencapaiannya, maka usahanya tidak akan dilipat gandakan. Malah kalau dalam kes yang lebih teruk lagi, dia akan mula lupa diri, lalu inilah yang akan menjadi titik tolak kejatuhan seseorang.

Robert T Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor Dad ada menyatakan salah satu sebab mengapa ayahnya gagal melepaskan diri dari cengkaman masalah kewangan adalah kerana ayahnya terlalu bergantung kepada keterjaminan kerjayanya. Terlalu bergantung kepada jaminan gaji oleh majikan: The idea of job protection for life and job benefits seemed more important, at times, than the job.

Dalam A Levels Ideal tidak ada apa-apa lagi yang ingin dikejarkan. Bila tiada yang ingin dikejar, samalah ertinya tiada cita-cita. Bila tiada cita-cita, kehidupan pun jadi seperti tiada hala tuju.

Begitulah, cerita jatuh bangun seorang Ideal. Doakanlah agar selepas ini, Ideal tidak lagi terus menjunam jatuh, sebaliknya kembali bangkit mengibarkan panji-panji kejayaan... InsyaAllah.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP