Saturday, February 19, 2005

Bahana Gian Nak Pukul Orang...

Gian nak pukul orang! Perasaan inilah yang berjaya membuat UiTM Kedah masuk surat khabar semalam. Kini heboh satu Malaya kes seorang pelajar IPTA di Sungai Petani kena belasah.

Kalau menurut akhbar Berita Harian, pelajar tersebut, Mohd Faisal (Bear) dibelasah 10 senior kerana tidak menjalankan tugasnya dengan baik sebagai jawatan kuasa dalam Kelab Kebudayaan dan Kesenian untuk menampal poster satu program mencungkil bangkat. Akibatnya, program itu terpaksa dibatalkan. Akhbar Berita Harian melaporkan:

Pelajar Kursus Diploma Seni Reka Industri itu berkata, dia dilantik pelajar senior berkenaan untuk mengetuai 10 rakan lain bagi mengelolakan pertandingan itu dan ditugaskan membuat poster promosi yang mahu dipasang di kampus berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, ahli kumpulannya tidak berpuas hati kerana poster yang dicetak itu ditolak oleh jawatankuasa induk festival berkenaan.

"Berikutan itu, pada tengah malam Selasa Lalu, mereka memanggil saya ke sebuah bilik pelajar senior dan meminta saya mengembalikan wang mereka."

"Saya memberitahu saya tidak memiliki wang sebanyak itu. Tambahan pula, ia adalah projek bersama," katanya.

"Mereka mendesak saya supaya membayar juga wang itu. Apabila saya mengatakan tidak mampu, mereka menumbuk muka beramai-ramai menyebabkan saya terjatuh ke lantai," katanya.


Itu laporan dari Berita Harian. Harian Metro turut melaporkan perkara yang sama. Tapi hakikatnya, apa yang dilaporkan itu hanyalah suku dari kisah yang sebenar. Mungkin supaya ceritanya memihak kepada Mohd Faisal semata-mata, maka kisah yang sebenar terpaksa dipotong-potong. Maka jadilah ceritanya seolah-olah Mohd Faisal benar-benar Innocent. Ideal bukan ingin memihak pada mana-mana pihak, tapi sekadar tertanya-tanya kenapa kisah sebenar yang sepenuhnya tidak disiarkan.

Ataukah mungkin mangsa sememangnya hanya melaporkan sebahagian cerita saja kepada pihak polis kerana tidak mahu membuka aib sendiri?

Kalau mengikut kronologi sebenar(yang Ideal dapat secara lisan dari salah seorang yang terlibat), Mohd Faisal mula-mula dipukul atas alasan dia menggelapkan sejumlah wang. Dia secara sukarela menawarkan diri untuk mengutip wang batchnya, untuk jamuan makan malam. Setelah dikutip, wang yang seharusnya diserahkan pada pihak penganjur telah dibelanjakannya hingga habis.

Siapa yang tak berang kalau wang yang diamanahkan satu batch digelapkan begitu saja? Maka dari situlah Mohd Faisal telah dibelasah oleh rakan-rakan satu kursus denganya atas alasan tidak puas hati.

Berikutan itu, apabila mendengar Mohd Faisal dipukul atas sebab menggelapkan wang, maka berbondong lah orang datang. Orang-orang yang gian nak pukul orang. Maka dicarinya alasan-alasan lain bagi membenarkan diri mereka memukul mangsa. Dalam istilah orang sekarang, 'Saja nak carik point.' Dari situlah timbulnya persoalan poster promosi program yang terpaksa dibatalkan itu.

Kalau difikirkan, memang itu suatu persoalan bodoh yang dibangkitkan hanya semata-mata untuk melepaskan ego untuk membelasah orang. Bukankah program itu program bersama. Lagi pula ia program yang dibuat atas nama universiti. Bukankah wang yang telah dibelanjakan bagi menjayakan program itu (walaupun terpaksa dibatalkan) boleh dituntut kembali dari universiti. Inilah padahnya perasaan 'gian nak pukul orang'! Perasaan gian mengakibatkan minda tak bisa lagi berfungsi. Sekarang semua sudah jadi famous. Sukalah tu....

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP