Sunday, September 25, 2005

Lembah Bujang - Tanjung Dawai

Kalau waktu di sekolah menengah dahulu hanya dapat mendengar nama atau menatap gambarnya sahaja, tetapi semalam Ideal dapat menjejakkan kaki ke tapak kerajaan terawal di Tanah Melayu, Lembah Bujang.

Selepas dari itu, Ideal, Akmal bersama dengan Redza terus menuju ke Tanjung Dawai. Sekadar untuk jalan-jalan.

Memangnya Ideal sudah lama berhajat melawat ke Muzeum Lembah Bujang yang letaknya hanya kira-kira 15 minit perjalanan (dengan kenderaan tentunya) dari kampus Ideal di Merbok, Sungai Petani. Rugi rasanya kalau sudah belajar di Kedah, tapi melepaskan peluang untuk ke tempat-tempat yang menjadi ‘trademark’ kepada sesuatu kawasan. Apa lagi kalau kawasan itu turut dirakamkan dalam sejarah.

Sebelum ini, Ideal pernah berpeluang untuk ke tempat-tempat bersejarah seperti Taj Mahal di India, dan Pyramid di Mesir. Jadi, peluang untuk menginjakkan kaki ke candi-candi di Lembah Bujang, menambahkan lagi koleksi tempat-tempat bersejarah yang pernah Ideal lawati.

Menurut kata sejarah, dalam kurun ke 7, Lembah Bujang telah termasuk sebagai salah satu wilayah dalam kerajaan Srivijaya. Manakala zaman kegemilangan seni bina kerajaan tersebut adalah ketika kurun ke 10 masehi.

Secara ikhlas, sejarah bukanlah subjek yang menarik pada Ideal. Tetapi menghayati sejarah, menarik perhatian Ideal. Sebab itu Ideal suka ke tempat-tempat seperti Lembah Bujang.

Hal ini kerana sejarah di peringkat menengah, ayatnya tersusun dengan fakta-fakta yang cepu, yang sampai bikin minda jadi celaru. Sedangkan, apa yang lebih penting dalam sejarah itu adalah pemahamannya, bukan penghafalan! Ideal dapat 1A untuk sejarah SPM. Tapi Ideal tak TAHU apa yang Ideal TAHU dalam sejarah di peringkat SPM. Kenapa??

Sebab Ideal cuma diminta menghafal, bukan memahami. Banyak Ideal lihat, orang yang faham sejarah sungguh-sungguh, hinggakan kalau dia bercerita tentang sejarah, matanya bersinar-sinar oleh keghairahan. Orang yang mendengarnya pun terpaku, terpegun dengan hikayatnya. Tapi, dia tak mendapat keputusan yang baik untuk subjek sejarah. Sedangkan, orang yang tak faham apa-apa (seperti Ideal), tapi hafal kata-kata kuncinya yang dikehendaki untuk skema jawapan, mendapat keputusan yang cemerlang.

Sejarah, oh sejarah…

Teruskan ke Gambar >>

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP