Monday, February 27, 2006

Saya Pelajar Bermasalah..

Nama Ideal tersenarai pada papan kenyataan di sekeliling UiTM Kedah. Terpampang di mana-mana. Bangga, rasanya. Haha!

Nama Ideal tersenarai sebagai antara pelajar yang perlu berjumpa kaunselor. Diwajibkan, sebetulnya. Sebabnya, Ideal ini pelajar bermasalah. Pelajar bermasalah.. Haha..

Ya, ya.. kalau kalian anggap berambut panjang itu masalah, maka ya, memang Ideal pelajar bermasalah. Tak punya sahsiah. Tak punya disiplin. Keras kepala.

Tapi apa-apa pun, Ideal tunggu apa kata kaunselor nanti. Nak lihat apa reaksinya apabila Ideal katakan padanya, bahawa nabi kita sendiri berambut panjang. Nak tunggu apa katanya apabila Ideal katakan bahawa Pak Samad Said, yang disegani kerana keintelektualannya itu pun berambut panjang. Nak tunggu apa katanya apabila Ideal katakan bahawa perdana menteri Junichiro Kuizumi, pemimpin negara yang terkenal dengan disiplin rakyatnya itu pun berambut panjang. Jadi kalau berambut panjang itu bermasalah, makanya orang-orang yang disebut tadi itu orang-orang yang bermasalah?

Kangjeng nabi bermasalah? Pak Samad Said bermasalah? Junichiro Koizumi bermasalah? Dan ramai lagi orang-orang yang terkenal dan berjaya mencorak dunia, bermasalah?

Mungkin UiTM perlu buat definisi baharu yang menerangkan apa itu yang dikatakan pelajar bermasalah..

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP