Thursday, March 16, 2006

Keputusan Keluar, Fikiran Celaru

Keputusan SPM sudah keluar. Adik Ideal, Alia, dapat 4A Semuanya. Dan subjek yang dapat A, semuanya subjek teras. Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan Matematik. Sungguh pun bukan pada tahap ekspektasi keluarga, tapi boleh dikira okeylah. Yang terkilannya, sebab 6 yang lain, semua dia dapat B. Lagi satu tangga saja nak dapat A. Tapi perkara dah lepas, tak ada apa yang boleh nak dibuat lagi...

Kata Along, result Alia ni sesuai sangat ambil law. Angah pula (Ideal lah tu), memang setuju sangatlah. Hehe.. dalam hati kata, bertambahlah lagi seorang lawyer dalam keluarga.

Tapi apa-apa pun, keputusan ada di tangan Alia. Ideal faham benar dilema yang akan dihadapi sebaik dapat keputusan. Tak tahu kursus apa yang harus dipilih. Kalau ikut minat, Alia nak jadi arkitek, katanya..

Ideal masih ingat lagi saat-saat kena buat keputusan dahulu. Baru dapat keputusan SPM. Gembira memang gembira. Tapi dalam masa yang sama fikiran celaru juga. Tak tahu nak ambil course apa.

Waktu itu, Ideal nak sangat jadi pilot. Tapi keadaan tak mengizinkan. Keputusan memang dah cukup layak. Mata pun dah cukup terang. Tapi tinggi pula yang tak cukup. Huhu.. Tulah, masa kecik-kecik dulu, mak dan ayah suruh makan, degil! Bila dah tinggi tak cukup nak jadi pilot, baru menyesal.

Bila dah tak dapat jadi pilot, Ideal dah tak tahu nak jadi apa lagi. Jadinya, Ideal pilih saja apa-apa kursus yang ada dalam UPU tu, berdasarkan keputusan yang Ideal dapat. Seingat Ideal, semua Ideal pilih jurusan engineering. Sebab Fizik dan Matematik Tambahan Ideal dapat A.

Dapat tawaran dari UIA untuk engineering, Ideal pergi. Sebab masa tu, memang Ideal tak ada hala tuju. Hala tuju yang Ideal tahu, cuma pilot. Itu saja. Tak ada yang lain melain yang itu juga. Bila tak dapat, Ideal pun main ambil saja apa-apa yang dapat.

Tak sampai sebulan di UIA, Ideal dapat pula tawaran JPA untuk belajar law ke UK. Ideal pun, waktu tu, apa lagi.. Rambang matalah. Kebetulan pula waktu tu memang dah tak ada hala tuju. Alang-alang dapat pergi oversea, Ideal pun tak banyak soal, terus terima.

Dan semenjak itu, bermulalah Ideal menceburkan diri dalam pembelajaran undang-undang... Sampai bila JPA tak lepaskan lanjutkan pelajaran ke UK pun, Ideal tetap tekad nak teruskan dalam jurusan undang-undang. Dah jadi macam jatuh cinta pula dengan undang-undang. Mungkin sebab dah terbiasa dengan subjeknya. Subjek yang perlu banyak membaca dan perlu banyak menulis. Seronok bila baca tentang kisah-kisah kes yang pelik-pelik. Pelbagai ragam manusia terhimpun dalam kes-kes yang dilaporkan itu...

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP