Thursday, April 20, 2006

Ironikah? Atau Memang Biasa...

Ironikah?

Surau kolej tiba-tiba saja penuh saat menjelang peperiksaan akhir. Sebelumnya, sedari awal semester tak pula begitu. Kadang-kadang tu, waktu subuh, cuma dua orang saja yang berjemaah. Hmmh.. Musykil!

Semester lepas, pernah seorang rakan sekamar Ideal, yang sebelumnya tak pernah dilihat bersolat, tiba-tiba saja dilihat sembahyang lima waktu cukup. Malah, bukan itu sahaja, lebih kagum lagi apabila melihat dia ternanti-nanti waktu zuhur di atas sejadah sambil menghadap kiblat.

Rahsia hanya terbongkar apabila dia menceritakan bahawa sewaktu semua rakan sekamar pulang ke kampung (termasuk Ideal), dan dia tinggal seorang di bilik, telah diganggu makhluk entah apa, waktu malamnya. Menggigil-gigil ketakutan lantas seminggu berikutnya, dia tak pernah tinggal solat.

Ironinya, cuma seminggu saja bertahan begitu. Selepas itu, solatnya kembali barai.

Ironikah? Atau memang biasa?

Lalu kita pun bersungut apabila politikus hanya turun padang saat menjelang pilihan raya....

P/S: Entri ini juga merupakan peringatan untuk diri Ideal sendiri. Sebab Ideal pun termasuk antara ramai-ramai yang hanya mengimarahkan surau kala tiba saat-saat genting. hehe..

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP