Wednesday, April 12, 2006

Persaingan Merebut Perhatian

Ada semacam ketagiran saat berjauhan dari game the Sims saat ni. Kalau keluar pergi mana-mana, sentiasa saja nak pulang cepat sebab nak menghadap benda alah tu. Kalau di kutubkhanah mengulang-kaji, terasa macam terbayang-bayang pada helaian nota tu, orang-orang dalam the sims yang sentiasa menurut setiap gerak arahan. Ya, mungkin inilah padahnya kalau dah mula main game ni. Tak boleh nak berhenti.

Bahaya ni! Sebab final tinggal sebatang rokok je lagi. Kalau asyik ralit dengan the Sims, haii... tak taulah macam mana nanti.

The Sims satu hal. Buku satu hal pula. Bila hidung dah mula menghadap buku cerita, memang tak ingat dunia. Tak sabar-sabar nak tahu apa cerita seterusnya. Yang peliknya, kalau baca bahan non-fiksyen tak pula macam tu.

Bahaya ni! Sebab final tinggal sebatang rokok je lagi. Kalau asyik ralit dengan bacaan bukan akademik je, haii... tak taulah macam mana nanti.

Sekarang ni Ideal tengah menguliti hasil kerja Faisal Tehrani, novel Tunggu Teduh Dulu. Mula-mula ingat nak baca ala kadar je. Sekadar menghilangkan lelah menghadap nota-nota kuliah, cuma nak baca prolognya saja. Tapi sedar-sedar dah hampir separuh dari novel setebal 600 muka lebih tu diselak sehelai demi sehelai.

Mungkin inilah yang orang kata sebagai persainan merebut perhatian. Game, Novel, Nota kuliah. Yang mana agaknya akan menang?

Disiplin, disiplin... Oh, haaii disiplin..

Kena mula disiplinkan diri, tak boleh sentuh bahan bacaan bukan akademik, tak boleh sentuh the sims sampai habis final.

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP