Saturday, September 02, 2006

Komander Kesatria yang Baghal Lagi Hina

Ideal tidak akan memanggil seseorang itu hina, andai dia belum sampai pada tahap klimaks kehinaan. Ya, Ideal kira tahap teratas hinanya seseorang itu adalah apabila dia sewenang-wenangnya mempermainkan hukum Tuhan mengikut kepala hotaknya yang baghal lagi bahlul itu.

“Sembahyang Jumaat bagaimana, Komander?” Tanya seorang rakan satu platun Ideal, setelah Komander selesai menerangkan jadual serta perjalanan program perkhemahan.

Ruang kamar taklimat itu sepi. Masing-masing menantikan jawapan dari Komander di hadapan. Mengikut perancangannya, kesemua peserta perkhemahan Kesatria Negara Kompeni H dikehendaki berkumpul di UiTM pada hari Jumaat ini, tepat jam 8.15 pagi. Dari situ, bertolak terus ke tapak perkhemahan di Ayer Keroh, Melaka.

Tahu apa jawapan si komander yang baghal lagi hina pada tahap teratas itu?

“Oh, ya.. Kalau mahu bermusafir pada hari Jumaat, syaratnya perlu bertolak sebelum subuh, bukan?” Semua anggota mengangguk, mengiyakan kata-kata komander itu. Memangnya begitulah mafhumnya masing-masing yang hadir akan fekahnya bermusafir.

Komander itu lalu menyambung. “Tapi dalam kes kita ni, yang paling penting niat bukan? Walaupun kita bertolak selepas subuh, kamu niat sajalah bermusafir. Jadi kita boleh jamak, dan tak perlu solat Jumaat.”

Ya, Tuhan, betapa kejinya sang Komander itu. Sesungguhnya haiwan seperti babi pun tidak pernah mempermainkan hukum Tuhan sewenangnya. Sudahlah bahlul… sesedap rasa pula mahu alter sana, alter sini, hukum Tuhan. Apa dia fikir, layaknya seorang komander (yang bodoh), punya kuasa meminda ketetapan Tuhan?

Kalau begitu, mudahlah. Kalau semuanya boleh selesai dengan niat sahaja. Tak perlu solat, sekadar berniat saja sudah cukup. Nak makan babi pun boleh, asalkan niatnya makan unta. Nak berzina pun boleh juga, asalkan niatnya sekadar untuk riadah di atas katil. Wah, wah, wah, wenangnya!

Ideal yang mendengar jawapan dari mulut busuk sang komander keji itu, sudah panas telinga. Langsung dengan lantang Ideal melaungkan, “Komander! Niat, niat juga. Tapi hukum Tuhan wajib ikut.” Sengaja ditegaskan nadanya, dengan raut tak puas hati.

Biar! Biarkan! Selalunya mereka (komander-komander yang hina itu) yang menjerit melolong, melaungkan kata-kata kesat kepada kami di padang kawad. Kali ini biar Ideal pula yang melaung pada mereka. Padan muka!

Komander yang hina sudah gagap. “Arrr, errr… ermm…” Gagap! Gugup! “Erm, tengoklah macam mana nanti. Kita orang akan usahakan...”

Wah, wah, wah… sesedap rasa saja nak tengok-tengok ya. Apa kau fikir hukum Tuhan itu untuk ditengok-tengok ya? Apa kau fikir hukum Tuhan itu hanya untuk dipandang-lihat saja ya? Memang kau pantas dipanggil komander (kerana sebelum-sebelum ini Ideal selalu berseloroh dengan rakan-rakan, “kalau depa tak bodoh, depa tak jadi komander. Kalau depa tak bangang, tak lojik depa apply jadi komander kesatria.”)

Ideal lantas membuat keputusan, untuk tidak menyertai perkhemahan itu. Perkhemahan yang mengenepikan hukum dari langit. Perkhemahan yang lebih mengagungkan akal fikiran yang baghal, dari ilmu Tuhan yang tidak bertepi. Biarkanlah markah kokurikulum Kesatria Ideal rendah, yang penting solat Jumaat Ideal untuk minggu ini terjamin.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP