Thursday, November 23, 2006

Berhenti Dari Rehat Yang Panjang

Dah lama benar rasanya berhenti dari berlawan untuk acara sparring Taekwondo. Semenjak tulang belakang terkena slipped disc, terus jadi kurang aktif menyertai pertandingan.

InsyaAllah, 28 hari bulan ni, Ideal bakal tamatkan rehat panjang dari sparring dengan menyertai sukan KARISMA yang diadakan di UiTM Pulau Penang. Ideal bakal bertarung dalam kategori fin weight, mewakili UiTM Shah Alam.

Takut, sebenarnya ni! Hehe. Almaklumlah, dah lama benar berhenti lawan. Tiba-tiba nak mula kembali. Sudahlah dengar ceritanya, dari UiTM Kelantan, untuk kategori fin weight, mereka hantar bekas pemain kebangsaan junior. Dengar cerita juga, kakinya terbang-terbang kalau menyepak. Hmmh… tak tahulah bagaimana nasibnya Ideal nanti…

Tak mengapa.. lawan tetap lawan! Doakan kejayaan Ideal, ya.

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP