Saturday, February 10, 2007

Fokus

Kata Alexender Graham Bell, kalau hendak berjaya, "fokuskan seluruh minda pada apa yang sedang anda lakukan. Sesungguhnya sinaran matahari tidak mampu membakar, melainkan difokuskan dibawah kanta pembesar."

Mungkin itulah rahsia kejayaannya menciptakan telefon, suatu ciptaan yang kita semua terhutang budi padanya.

"Kalau begitu, perlu fokuskan pada satu-satu perkara saja? Kalau hendak fokuskan pada lebih dari satu perkara, boleh tidak?" Tanya Ideal. "Maksudnya, bagaimana hendak berjaya dalam pelbagai bidang, dalam satu-satu masa. Seperti ilmuwan-ilmuwan Islam terdahulu seperti Imam Syafie, Ibnu Khaldun, Al Kindi, Ibnu Sina, dan banyak lagi."

Boleh, tapi perlu ada dua kanta pembesarnya. Mana mungkin satu kanta pembesar menciptakan dua titik fokus.

Kapasiti otak manusia diciptakan Tuhan begitu hebat. Bukan sahaja satu kanta, beribu-ribu kanta pun boleh. Dikatakan, belum ada manusia, sepandai mana pun dia, telah menggunakan lebih dari hatta sepuluh peratus pun dari kemampuan sebenar otaknya.

Subhanallah, hebatnya otak manusia! Tentu lebih hebat lagi Tuhan yang menciptanya.

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP