Monday, February 12, 2007

Kita Ternyata Masih Membayar Ufti Kepada Siam!

Saya baru tahu bahawa negara kita, sungguh pun sudah hendak masuk tahun yang ke 50 merdeka, tapi ternyata masih membayar ufti kepada raja Siam. Dan ini termaktub jelas di dalam Perlembagaan Negara.

Hal ini dibawa ke perhatian saya oleh rakan sekelas, Redza Azhar, yang secara tidak sengaja telah terserempak dengan artikel 167(7) ketika membelek-belek naskhah perlembagaannya.

Artikel tersebut berbunyi:

The Federation shall make the like annual payments as fell to be made before Merdeka Day under Article II of the Treaty made on the sixth day of May, eighteen hundred and sixty-nine, between Her Majesty of the one part and the King of Siam of the other part relative to the State of Kedah.

Tapi kita sudah merdeka. Kenapa membayar ufti? Begitu persoalan yang timbul.

Dan waktu persoalan ini diajukan kepada Professor Shad Saleem Faruqi, dia menyatakan bahawa ia hanyalah perjanjian yang dibuat, agar Kedah dapat sama-sama mencapai kemerdekaan dengan negeri-negeri lain.

Sekali pandang, memang sepertinya kita belum merdeka kerana ternyata masih membayar ufti kepada kerajaan lain. Tapi dari segi lain pula, ianya hanyalah sebuah perjanjian.

Seperti juga waktu British memberikan syarat kepada kita, untuk merdeka, kita perlu menerima sejumlah buruh-buruh asing sebagai warga negara. Kita terima syarat itu, dan sehingga ke hari ini kita masih lagi menerima anak-anak cucu buruh-buruh asing itu sebagai warga negara. Begitu juga dengan perjanjian dengan Siam ini. Kita telah bersetuju, dan sehingga ke hari ini kita masih tetap mengotakannya.

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP