Wednesday, February 07, 2007

Parah

Waktu itu di surau, dan semua jemaah sudah mendirikan saf, bersedia untuk solat. Tiba-tiba orang yang di sebelah saya bersuara pada temannya, berseloroh. Saya curi-curi dengar bualnya, “wah… lama sungguh rasanya sudah tidak ke surau. Biasanya ke gereja saja.” Katanya sambil menyeringai.” Lalu mereka berdua tergelak kecil.

Di fakulti pula, beberapa ketika dulu, seorang rakan (lelaki) bertanyakan pada seorang rakan yang lain (perempuan). “Kamu tak balikkah raya ni?” Tahu apa jawapnya si perempuan itu? Dengan slanga Inggeris yang dibuat-buat, dengan herot mulut yang terikut-ikutkan slanganya, dia menjawab “I don’t celebrate raya. I celebrate Christmas,” katanya dengan bangga. Sedangkan, dia seorang muslim. Keturunan Melayu Islam.

Dalam pada kita akan menyambut usia kemerdekaan yang bakal mencapai 50 tahun, ternyata generasi saya sedang dilanda krisis yang teruk. Bukan sahaja mereka terikut-ikutkan budaya barat, malah agama mereka pun diagung-agungkan.

Parah ni, parah!

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP