Saturday, March 31, 2007

Ralat dalam Menghantar Karya

Saya menghantar cerpen ke Dewan Siswa, tapi ternyata terbitnya dalam sisipan Tunas Cipta, Majalah Dewan Sastera. Macam mana tu?

Setahun lalu, sebelum saya mula menghantar karya ke media cetak, saya persiapkan diri dengan membaca majalah Tunas Cipta. Terutamanya rencana-rencana yang ditulis oleh Nisah Haron yang berkisarkan undang-undang yang meliputi seseorang penulis.

Dari bacaan tersebut, saya faham bahawa apabila menghantar satu-satu karya, adalah salah untuk menghantarnya kepada dua penerbit sekaligus. Ini bagi mengelakkan karya terbit bertindan. Sebab itu, kalau mahu menghantar karya, perlulah kepada satu-satu penerbit sahaja. Dan kalau setelah beberapa ketika karya masih tidak terbit, maka seorang penulis boleh menghantar surat penarikkan balik karya. Setelah itu, barulah karya yang telah ditarik balik itu boleh dihantar pula kepada penerbit lain.

Namun demikian, saya garu kepala sekarang ini. Begini kesnya:

Pada 3 Janruari, saya menghantar karya saya (menerusi emel), cerpen Mencipta Berlian, ke majalah Dewan Sastera. Setelah dua bulan berlalu tetapi masih tidak disiarkan, maka saya anggap Dewan Sastera tidak berminat menyiarkannya. Maka saya pun menghantar surat penarikkan balik (juga menerusi emel) yang bertarikh 19 Mac.

Selepas menarik kembali karya saya itu, saya hantar pula ia ke majalah Dewan Siswa. Tetapi malam ini, waktu melayari laman Dewan Sastera dalam laman web Dewan Bahasa dan Pustaka, saya dapati cerpen saya itu disiarkan dalam Dewan Sastera bulan ini (April).

Ah, kacau… saya cuma risau nanti nama saya sebagai penulis tercemar pada pandangan editor Dewan Siswa sebagai penulis yang tidak punya etika - menghantar karya kepada dua penerbit sekaligus.

Ada siapa-siapa boleh beri pandangan tentang duduk letaknya hal ini? (wah, macam problematic question untuk exam law pula!)


***********************************
p/s: Apa-apa pun, kalau kalian nak tahu ceritanya Mencipta Berlian itu, dapatkan Dewan Sastera April 2007.

4 comments:

MARSLI N.O said...

Simpan elok-elok email makluman penarikan cerpen yang saudara kirim itu. Cerpen sdr itu disiarkan di Tunas Cipta April 2007 yang disisipkan dalam majalah Dewan Sastera April 2007. Hantar segera surat makluman penarikan cerpen itu ke Dewan Siswa. Secara bersurat dan email. Dua-dua sekali.
Selamat maju jaya saya ucapkan.

Ideal said...

Oh, ya, insyaAllah akan saya lakukan. Terima kasih atas saranannya.

Tunjuk ajar dari seorang penulis mapan... wah, bestnya!

noor suraya said...

aidil,

kaksu, biasanya kita memberi tempoh tiga bulan, untuk menunggu jawapan... dan perkara tersebut mesti dinyatakan dalam surat... secara hitam putih...

tahniah... kaksu akan dapatkan dewan sastera April ni :p tahniah

Ideal said...

Apa-apa pun, kaksu, cerpen ini tak mungkin tersiar kalau tak dapat sentuhan kaksu terlebih dahulu. Bukankah kaksu sendiri yang komen endingnya, kata terlalu klise lalu saya pun mengubahnya.

Terima kasih, ya, Kaksu, sebab tak jemu-jemu beri tunjuk ajar ;-)

Dan tahniah, atas kelahiran novel SUUN. Wah, kaksu sudah ada 6. Saya satu pun belum lagi!

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP