Saturday, April 21, 2007

Cendol

Saya sangat suka makan cendol. Lebih-lebih lagi cendol pulut. Lemak-lemak manis campuran santan dan gula Melakanya, ditambah dengan liat pulut yang lembut dikunyah memang selalu sahaja mengecurkan liur.

Sebab itu akhir-akhir ini, semenjak menemui penjaja cendol di tepi jalan Seksyen 9, dan juga di Seksyen 2, saya selalu sahaja ke sana. Paling tidak, dua hari sekali saya akan ke sana, menikmati cendol pulutnya. Di Seksen 9, santannya begitu pekat dan gula hitamnya yang dicampur sehingga warnanya menjadi coklat memang begitu mengasyikkan. Manakala di Seksyen 2 pula, pulutnya yang padat diminum bersama cendolnya yang sejuk paling nikmat kalau diminum waktu hari-hari panas terik.



Tetapi akhir-akhir ini saya juga mengalami fenomena baharu. Setiap kali berenang, baru lima lap kolam renang bersaiz olimpik itu, saya sudah pening kepala. Paling teruk, semalam cuma dua lap, dan saya merasakan denyutan di kepala begitu kuat sehingga memaksa saya berhenti dan keluar kolam.

Apabila kawan saya menyebut tentang kolestrol dalam santan di dalam cendol, baru saya teringat. Mungkin itulah penyebabnya…

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP