Thursday, May 17, 2007

Terlambat 4 Hari

Ketika itu di kedai buku.

“Kak, buku ini ada, tidak?” Tanya saya kepada juruwang, sambil menunjukkan paparan skrin telefon bimbit saya yang memaparkan tajuk penuh dan nama penulis buku tersebut.

Juruwang tersebut membaca paparan pada skrin telefon saya itu. Kemudian langsung menggeleng, dan mengatakan, “tak ada.”

“Macam mana pula akak boleh tahu tak ada, sedangkan akak tak periksa pun lagi rekod dalam komputer,” Saya meningkah, melihatkan reaksi juruwang tersebut yang terlalu cepat mengatakan tiada. Biasanya kalau saya menanyakan tentang ada tidaknya sesuatu buku, juruwang akan memeriksa dahulu rekod dari komputer. Dan dari situ baru dipastikan ada atau tiada.

Juruwang tersebut tersenyum, lalu mengatakan, “Akak memang tahu. Sebab pagi ini sahaja, sudah ada dua orang yang menanyakan tentang buku itu.”

“Buku tu memang sudah kena ban, dik. Kalau kami jual juga nanti kena rampas. Dekat MPH Mid Valley sudah kena rampas.” Sahut pengurus cawangan MPH itu pula.

Sudah kena ban? Ternyata saya terlambat 4 hari untuk membelinya. 13 Mei dilancar. Hari ini sudah kena haram.

Buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 telah dilancarkan pada 13 Mei yang lalu. Ketika membaca resensinya di blog Sharon Bakar, saya memang tertarik hendak memilikinya.

Selama ini pengetahuan saya tentang tragedi berdarah 13 Mei itu kebanyakannya cuma berdasarkan sumber-sumber sekunder sahaja. Cakap-cakap mulut dari orang itu, dari orang ini. Dan banyak pula cerita yang kedengaran seperti dongeng. Tentang perguruan silat itu pergi melawan orang Cina ini. Tentang keris terbang. Dan tentang pendekar-pendekar halimunan. Setakat itu sahajalah.

Informasi dari sumber rasmi pula, terlalu dangkal. Misalnya dalam mata pelajaran Hubungan Etnik (mata pelajaran wajib di UiTM), diterangkan bahawa tragedi tersebut terjadi kerana perasaan hasad dengki antara kaum yang timbul akibat ketidak seimbangan ekonomi antara kaum. Ketidak-seimbangan itu pula terjadi kerana kesan dasar pecah dan perintah pihak Inggeris dahulu. Telunjuk dihalakan ke penjajah.

Kasihan generasi saya. Tak punya ruang untuk mendapatkan informasi-informasi seperti itu. Kami cuma tahu dari khabar-khabar angin sahaja. Kononnya tragedi itu berlaku akibat kekecohan yang timbul dari pilihan raya tahun 1969. Yang selebihnya, seperti saya katakan tadi, seperti cerita-cerita dongeng rakyat sahaja.

Kenapa Kena Haram? Apa isinya buku itu?

Nah, baca di sini dan di sini.

6 comments:

Hasri Omar said...

Assalamualaikum..

Ceh...kau berjaya menanamkan cinta kepada buku dalam diri ini..

Huahuahua...

-HASRIOMARONLINE-

raihan said...

cuba cari buku may 13 di jalan TAR. saya sudah beli di sana.
:)

Anonymous said...

Assalamualaikum

Blog berikut mempersoalkan buku May 13 ini:
http://pesanan-pesanan.blogspot.com

pyan said...

akhbar alternatif "wasilah" ada cakap pasal buku ni hari ni...

chemax_5 said...

tak silap aku , aku tau sape ade buku ni...boleh la bertanya padanya...hehe..

Anonymous said...

honorarium renaissance narrative vendor obtaining hindrance adnectins splitting benin equip themis
lolikneri havaqatsu

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP