Tuesday, June 05, 2007

Bahasa Inggeris itu Cuma Untuk Orang Inggeris?

Saya rasa kabinet sudah tak ada isu lain yang hendak dibincangkan. Kenapa harus pertikaikan isu remeh-temeh Bahasa Malaysia v Bahasa Melayu? Ini cuma soal istilah, dan saya tak nampak apa relevannya mahu ditukar-tukar.

Kononnya, seperti kata Timbalan Perdana Menteri, ‘‘...kalau kita anggap bahasa ini sebagai bahasa Malaysia, bererti ia milik kita semua, itu dia punya rasional."

Bukankah sudah memadai dengan istilah bahasa kebangsaan? Bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan. Titik. Apa perlunya lagi di Malaysia-Malaysiakan bahasa itu?

Lihat sebagai contoh bahasa Inggeris. Di mana-mana pun digelar English. Di England digelar English. Di Amerika digelar English. Di Australia digelar English. Malah di Malaysia pun digelar English juga. Adakah itu bermaksud English is only meant for English-man? (menurut kamus, English-man bermaksud persons who come from England)

‘‘Kita tidak hendak perkara ini menjadi satu polemik yang besar. Kita tahu bahasa kebangsaan ini maknanya bahasa Melayu, tetapi kita hendak ia dijadikan bahasa kepada semua rakyat tidak kira keturunan dan kumpulan etnik." - Datuk Seri Najib

Seperti biasa, isu utamanya ditenggelamkan. Soal sama ada bahasa itu dijadikan bahasa kepada semua rakyat bukanlah sama ada istilahnya bahasa Malaysia atau pun bahasa Melayu. Sebaliknya di mana kita meletakkan bahasa itu sendiri. Kalau sudah sains dan matematik pun diajarkan dalam bahasa Inggeris, macam mana bahasa kebangsaan tidak terpinggir? Dan kalau bahasa kebangsaan itu orang Melayu sendiri pun sudah tak mahu pakai sehinggakan di UiTM yang semuanya Melayu itu pun medium pengantarannya di dalam bahasa Inggeris, macam mana kita nak harapkan orang-orang bukan Melayu nak gunakan bahasa kebangsaan?

Adakah hanya dengan menukarkan istilahnya menjadi bahasa Malaysia, maka secara tiba-tiba sahaja orang-orang Cina dan orang-orang India akan berbondong-bondong bertutur dalam bahasa kebangsaan?

3 comments:

Latiptalib said...

Assalamualaikum dan salam perkenalan.

Pertama kali berkunjung ke blog ini dan membaca entri-entri saudara. Menarik juga kerana menyentuh isu-isu semasa. Saudara ada keberanian.

Terima kasih kerana sudi memberi komen dalam blog saya setelah saudara membaca novel Salahudin Penakluk Jerusalem.

Mengenai cadangan saudara supaya menulis cara-cara peperangan Rasulullah SAW itu memang baik. Cuma saya belum mampu kerana dalam penulisan kreatif atau novel akan ada dialog-dialog watak utamanya.

Apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW adalah hadis. Kita tidak boleh mereka-reka dialog nabi. Mesti rujuk buku-buku hadis yang menyentuh peperangan pada zaman nabi.

Kerana itu saya dahulukan menulis kisah pahlawan-pahlawan Islam. Sekarang sedang menyiapkan movel Sultan Muhamad Al Fateh penakluk Konstantinopel.

Saya kagum dengan kehebatan pahlawan-pahlawan Islam. Berkongsi dengan pembaca bagi menghayati perjuangan mereka.

Doakan berjaya. Insya-Allah.

noor suraya said...

Ideal,

kaksu selalu melihat apa lagi yang tinggak kepada bangsa Melayu, jika bahasa Melayu pun dimiliknegarakan kepada bahasa Malaysia.

mungkin kaksu suka sejarah, kaksu suka linguitsik... kaksu mempunyai pandangan yang berbeza dengan tokoh politik yang tidak pun menggunakan 'bahasa malaysia' sewaktu berbicara...

entah... kaksu secara personal tidak bersetuju dengan perubahan ini... bahasa haruslah bersandar pada bangsa...

Ideal said...

Betul tu, Kaksu.
Dan sekarang ni saya rasa, seolah-olah kata-kata "Takkan Melayu Hilang di Dunia" hanyalah sebuah retorik yang tidak ada kesannya apa-apa.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP