Saturday, June 02, 2007

Awas! Salina Mungkin Merobah Hidup Anda

Saya cuma memperkenalkan dia dengan karya agung A Samad Said, novel Salina. Tak sangka pula sampai dapat merobah dia semua sekali. Memang itulah penangan sastera, barangkali. Merobah manusia menjadi lebih manusia. Yang paling penting, dari tidak membaca dia sudah membaca.

Nah, dia menulis tentang hal itu di sini.

Memang saya merasakan Salina ini kesannya luar biasa. Sudahlah ditulis Pak Samad ketika umurnya baru 23 tahun, ditulis pula dalam masa kurang lebih 2 bulan sahaja. Pula tu, memecah rekod sebagai novel paling panjang di zamannya. Tapi yang lebih utama adalah ceritanya yang terlalu 'hidup' sehingga membuatkan pembaca lupa bahawa yang dibaca itu adalah cerita semata-mata.

Dan setakat ini Salina masih lagi novel paling baik yang pernah saya baca, merangkumi kedua-dua, novel Melayu mahu pun Inggeris.

Kepada yang belum pernah membaca Salina, saya sarankan, bacalah. Ia bukan streotype novel-novel Melayu biasa. Ia mungkin juga akan merobah hidup anda, seperti mana ia merobah hidup dia.

2 comments:

Hasri Omar said...

Assalamualaikum..

Bukan Salina ajer , Laskar Pelangi pun boleh tahan laa..

-HASRIOMARONLINE-

chemax_5 said...

ideal...aku dah lame dengar tajuk Salina ni...lame jugak dengar kehebatan novel ni...tapi aku tak pernah bace...ko ade tak...boleh pinjam :)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP