Tuesday, June 26, 2007

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Saya baca buku ini tahun 2005.

Tapi saya tidak tahu kenapa, ini adalah satu karya besar yang saya tidak berjaya menikmatinya. Saya membacanya, tetapi saya tidak merasa nikmat.

Ingat-ingat lupa, tetapi kurang-lebih novel ini mempersembahkan adat Minangkabau di sebalik kisah percintaan antara watak utamanya, Zainuddin, dan Hayati. Cinta Zainuddin dan Hayati tidak kesampaian kerana menurut adat minangkabau, jodoh seseorang anak gadis itu akan ditentukan oleh kaum kerabat, mamak-mamaknya. Dan oleh kerana mereka semua memandang Zainuddin sebagai seorang miskin yang tidak tetap asal-usulnya, maka pinangannya ditolak.

Saya melihat novel ini mengkritik adat minangkabau. Lihatlah sahaja bagaimana Hamka menggambarkan watak Zainuddin yang terbuang (tidak diterima oleh orang-orang di kampung ayahnya) hanya kerana ayahnya berkahwin dengan orang luar, dan kemudian merantau jauh ke Makassar.

Novel ini dikatakan sebagai antara karya yang terbaik tulisan Hamka. Tapi saya tidak tahu kenapa, saya tidak merasa nikmat membacanya. Saya sekarang sedang membaca Merantau ke Deli, dan juga, saya tidak berasa nikmat. Sedih juga, sebab tak berjaya menikmati karya besar. Mungkinkah kerana temanya? Atau kerana bahasanya? Ataukah kerana ceritanya? Atau mungkin juga kerana latarnya? Entahlah… argh… what is wrong with me?!

Hmmh… mungkin saya memang tidak serasi dengan gaya Buya Hamka. Saya lebih suka karya seperti Keluarga Gerilya (Pramoedya Ananta Toer) atau Atheis (Achdiat K Mihardja).

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP