Wednesday, September 19, 2007

Janji Temu Kita

Beberapa ketika dahulu ada saya tulis tentang cubaan saya menulis skrip drama radio, setelah dicadangkan oleh Budiman Cahaya.

Maka semalam saya menerima lagi panggilan telefon dari Puan Zuraidah, RTM. Dia meminta beberapa maklumat, bagi urusan pembayaran. Juga sempat memberitahu bahawa skrip yang berjudul Mencipta Berlian itu sudah siap dilakonkan, dan akan disiarkan seperti berikut:

Radio: Klasik Nasional
Tarikh: Awal pagi Ahad (23 September 2007)
Masa: 1.30 am

Frekuensi Klasik Nasional mengikut tempat boleh didapatkan di sini.

Kalau ada masa, bolehlah luangkan waktu mendengarnya.

* * * * *


Terima kasih banyak-banyak harus saya ucapkan kepada Budiman Cahaya, kerana memberikan dorongan. Juga kepada Puan Zuraidah, atas sokongan.

2 comments:

biruNiLA said...

Aidil,

alamak kaksu miss la, sebab dah terlewat nampak info ni... (dan rumah kaksu tidak ada radio pula, mesti dengar dalam kereta)... :( ada ulangan tak?

apa pun, tahniah ya... mengorak langkah ke pelbagai genre...

tahniah,
kaksu

Ideal said...

Salam, Kaksu,

Saya tak pasti pula kalau ada siaran ulangan. Tapi itulah... waktu siarannya agak tidak munasabah, kan... Pukul 1.30 pagi, untuk panggung drama... hmmh... entahlah.

Apa-apa pun, terima kasih, Kaksu.

p/s: saya sendiri pun sebenarnya dengar dalam kereta je. Sebab di kolej, saya tak ada radio. Hehe...

Salam,
Aidil Khalid

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP