Sunday, September 16, 2007

Ironis Lima Saudara

(Sisipan Tunas Cipta, Dewan Sastera Ogos 2007)

Tuah…
Begitu sekali setianya kepada raja
Namun dia khianat terhadap saudaranya

Jebat…
Begitu sekali setianya kepada saudaranya
Namun dia derhaka terhadap raja

Lekir, Lekiu, Kasturi…
Pemerhati tanpa reaksi
Akan kederhakaan kepada raja, dan
Pengkhianatan seorang saudara


Aidil Khalid
Kolej Perindu, UiTM Shah Alam

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP