Wednesday, September 12, 2007

Ragam

"Allaaaaaaahhhhuuuhuuuhuakkk..." Dia bersuara sambil mengangkat takbirnya, mahu memulakan sembahyang. Tetapi kemudiannya terhenti. Dia menggeleng-geleng kepala, kemudian bersuara, "hisy..."

"Allaaaaahuhhuhhuuaakkkakkk..." Sekali lagi dia bersuara sambil mengangkat takbir. Suaranya tersekat-sekat seperti sedang nazak. Wajahnya berkerut-kerut. Seolah-olah berat benar hendak diangkat tangannya itu ke paras telinga. "Allaaahhuhhuuhuuakakkak," tidak sempat menghabiskan, tersekat di kerongkong. Lalu dia pun menjatuhkan kembali tangannya ke sisi, sambil menggeleng-geleng kepalanya. "Hisy! Susah betul."

Dia mencuba sekali lagi. Dengan wajah berkerut seribu, dengan bibir menggeletar, dia mengangkat takbirnya. "Allaaahuhuhuakakakakabbbabbabbarrrrr..." Tangannya yang diangkat separas telinga untuk takbir itu menggigil-gigil. "...huakbar!" Kali ini baru menjadi.

"Apa yang susah sangat tu?" Soal rakannya, setelah dia usai solat.

"Susah... asyik tak masuk saja!"

"Apanya yang tak masuk? Apanya yang susah?"

"Niatnya asyik tak masuk saja. Susah betul nak bagi masuk!"

* * * * *

Salam Ramadan dari saya! Moga yang kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

6 comments:

Latiptalib said...

Selamat menyambut kedatangan Ramadan yang membawa rahmat dan keampunan.

Ideal said...

Pak Latip,
Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan keampunan daripadaNya.

Ideal said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hartini Omar said...

tuan,
-hebat sekali tuan menggambarkan kejahilan masyarakat
-niat lintasan hati yg disedari pun bisa tersekat2
-sy pun hanya mampu melihat dan menggeleng ligat =)
-memanglah dunia dah nak kiamat

Ideal said...

Saudari Hartini Omar,

Wah, wah, wah... menulis komen pun ada rimanya! ;-)

Soffian Ali OnLine said...
This comment has been removed by the author.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP