Sunday, October 21, 2007

Originaliti Dalam Karya

Kali ini karya yang saya maksudkan bukanlah dalam genre sastera, sebaliknya fotografi.

Saya bukan seorang jurufoto, dan memang tidak pandai pun tentang hal-hal fotografi. Namun demikian, abang juga adik saya berkecimpung dalam dunia ini, sebagai hobi, dan sedikit-sedikit sebagai kerjaya freelance. Jadi saya pun, sungguh pun tak reti, tetapi mempunyai minat pada hasil-hasil fotografi yang indah.

Perkara yang menarik perhatian saya adalah bahawa isu klise bukan hanya terdapat dalam karya sastera, tetapi juga dalam seni fotografi. Ikuti tulisan Shaliza Mokhtar ini (saya memang minat pada hasil-hasil kerja fotografinya), tentang pencariannya yang tak sudah akan jurufoto untuk upacara perkahwinannya nanti. Katanya, sekarang ini memang begitu ramai jurufoto yang menawarkan perkhidmatan dengan tawaran-tawaran diskaun yang pelbagai. Tetapi ternyata kebanyakannya hanya menawarkan hasil-hasil kerja yang klise tanpa identiti yang seharusnya unik pada setiap seniman yang berlainan.

Paling menarik, adalah cerita bagaimana ketika dia sudah hampir berputus asa dalam pencarianya, dia akhirnya ketemu juga dengan jurufoto yang memenuhi citarasanya. Ikuti ceritanya di sini.

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP