Tuesday, October 02, 2007

Politikus, politikus.... (geleng kepala)

Hari ini di UITM merupakan hari mengundi bagi memilih ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Jadi tengah hari tadi saya pun pergilah mengundi.

Semalam mereka (calon-calon MPP) berikan pidato. Begitu bersemangat sekali. Berikan janji-janji; sampaikan manifesto mereka kepada para mahasiswa. Poster-poster yang ditampal di sana-sini pun sama menyampaikan janji-janji yang sama:

"Kami akan memperjuangkan water cooler di fakulti ini..."

"Kami akan memperjuangkan mesin ATM di fakulti ini..."

"Kami akan berusaha bagi mendapatkan kemudahan itu... kemudahan ini..."

"Kami akan... kami akan... kami akan..."

Hakikatnya, dari tahun-tahun dahulu lagi, sememangnya inilah janji-janji yang calon-calon akan berikan setiap kali sebelum pilihanraya. Tapi bila mereka sudah menang dan menduduki kerusi wakil pelajar, lain pula yang dibuat.

Mereka bikin projek; mereka rancang program. Tapi program yang sama sekali tidak menarik. Projek yang sangat membosankan. Kalau ada faedah pun, sangat sedikit dan tidak berbaloi. Jadi siswa-siswi tak mahu datang. Lalu apa mereka buat? Mereka ambil jalan mudah; dengan kuasa yang mereka ada, mereka WAJIBKAN semua pelajar hadir. Siapa yang tak hadir, akan dikenakan tindakan tata-tertib. Pelajar takut. Pelajar pun TERPAKSA datang.

Begitulah setiap tahun. Mereka begitu pandai mengugut; "Kalau tak datang, kena tindakan tata-tertib!"

Kemudian di akhir penggal perkhidmatan sebagai MPP, mereka pun dapat sijil: "Pernah memegang jawatan di dalam Majlis Perwakilan Pelajar". Mereka tersenyum, sebab itulah pun yang mereka mahu - Curricula Vitae mereka bertambah cantik.

Saya berdoa, di bulan ramadhan yang penuh rahmat ini, moga-moga MPP yang kali ini tidak seperti itu? Apa-apa pun saya akan tunggu dan lihat.

24 comments:

Mawar Berduri said...

biasa lah tu..semua ahli politik ni busuk2 belaka..kalau badan tak busuk mesti hati ada busuk sikit punye..nak buat camner..dah yang berhati wangi tak mahu bertanding..
hahahaha..sorry MPP..memang korang sumer busuk pun cam binatang..dah la ada MPP yang tak sembahyang..hahah..pergi majlis berbuka puasa, tapi bile sembahyang maghrib sumer hilang..cakap nak best..tapi satu hapah tak reti buat..sekadar organize lawatan berlambak2...budak sekolah menegah pun boleh buat..
MPP munafik...tau janji takleh buat tapi janji jugak...

Aznyda said...
This comment has been removed by the author.
Ideal said...

Saudari Aznyda,

Terima kasih atas komennya.

Maaf, saya bukan bermaksud ingin membela diri, tetapi saya kira saudari harus terlebih dahulu faham apakah itu 'hasty generalisation.' sebelum secara semberono menuduhnya kepada saya.

'Hasty generalisation' adalah apabila seseorang itu mengemukakan hujah dengan memberikan contoh-contoh terpencil bagi mewakili sesuatu secara keseluruhan. Misalnya, apabila saya katakan begini:

"Ahmad seorang yang berbangsa Melayu. Dia suka bercakap bohong. Ali, adik Ahmad, juga berbangsa Melayu. Dia pun, suka bercakap bohong."

"Oleh hal yang demikian, kita dapat melihat di sini, orang Melayu memang suka bercakap bohong."

Nah, itu baru dikatakan 'hasty generalisation,' kerana saya mengambil satu dua contoh yang berlaku bagi mewakili sesuatu secara keseluruhan. (untuk keterangan lanjut, boleh rujuk buku karangan Jamie Whyte, Crimes Against Logic)

Sedangkan apa yang saya tulis dalam entri ini, sama sekali berlainan. Memang, saya akui, saya mengambil contoh-contoh MPP yang terdahulu, tetapi tidak pula saya katakan bahawa MPP yang kali ini akan semestinya sedemikian hanya semata-mata kerana MPP yang dahulu begitu. Lihatlah perenggan akhir saya:

"Saya berdoa, di bulan ramadhan yang penuh rahmat ini, moga-moga MPP yang kali ini tidak seperti itu. Apa-apa pun saya akan tunggu dan lihat."

Saya tidak melakukan tuduhan. Sama sekali tidak.

Manakala kenyataan saya tentang MPP yang dulu-dulu, adalah berdasarkan pengalaman dan bukan berdasarkan contoh-contoh terpencil. Oleh itu saya kira tuduhan tentang 'hasty generalisation' itu harus dinafikan sama sekali.

Dan sudari juga harus tahu membezakan antara kata-kata 'kejian' dengan kritikan. Kritikan tidak sama dengan kejian. Saidina Umar sendiri ketika menjadi khalifah, menerima dengan hati terbuka ketika dikritik oleh seorang perempuan tentang polisinya menetapkan kadar mas kahwin. Malah Saidina Umar mengucapkan terima kasih pula kepada si pengkritik.

Wallahua'lam

Soffian Ali OnLine said...

wah! nampaknye ada topik hangat disini.
sape mawar berduri ni? hebat betul ayat dia.
saya penah berkerja ngan MPP n saya tahu ada yang OK ada yang KO.
saya sangat menghormati Wan K kerana walaupun dia nampak relaxs. tapi banyak gak yang dia buat. tapi yang saya dapat tahu faculty lain lagi teruk.
saya dah pun join SMPP.
i'm trying to make a difference. tapi sedihnya time interview tu napelah tak ada yang tanya saya kenape saya nak jadi SMPP.

saya jadi SMPP sebab nak tolong orang. nak buat amal Jariah.
status n power means nothing to me.

betul cakap Aidil,kalo kite buat program takyah paksa orang datang.
Aznyda pun betul, MPP banyak gak tolong faculty..
tapi mawar berduri salah. tak baik cakap camtu..
sapa budak "mawar Berduri" ni?

Ideal said...

Biasalah, dalam dunia siber ni, ada segolongan manusia yang pengecut, dan berselindung di sebalik nama samaran supaya dapat 'membaling batu kemudian sembunyi tangan.'

jantung berlubang said...

tl lh aidil ko ckp.SMPP skang pn dibayangi SMPP dulu.Masing2 nk berlawan sape paling bnyk wt aktiviti.Akhirnya kebjikan student dilupakan.Ramai yg pernah berjasa ngan SMPP tp x dpt sjil, time mtk tolong offer kolej lh, bajulh apelh.dh abs smua syp.

adik komander bob said...

rileks2 jantung berlubang..jangan marah.hehe...diorang SMPP ke, Law Soc ke, semuanya gile kuasa,gile pangkat.aku keje dengan diorang sampai tercabut lutut, janji macam2 tapi habuk pun takde..WEI LAW SOC AND SMPP MANE TOPI, BAJU, DAN SIJIL YANG KORANG JANJIKAN MASE SLG HARITU..
buat Aznyda, aku tau ko dulu Presiden SMPP kan? Jangan poyo lah, bebudak yang kerje under ko dulu sumer benci ko..dahla poyo pastu kerek lagi..satu mase nanti ko akan tahu langit ni tinggi ke rendah..
ko kata budak2 law yang kutuk ko dan bebudak ko tak gune lah,stupid lah ape lah...tapi bile bebudak ko nak buat program diorang cari kitorang jugak kan? silap besar la..
ni aku nak cakap pasal Wani n Fizi,
MPP tak kire lame atau baru sumer same je..just nak jual muke..konon hot lah jadi MPP..tapi perangai tetap buruk..
gua tengok senarai SMPP baru..sape2 lah yang korang amik kan?ni mesti si aznyda yang jadi dalang..
orang yang lama,banyak berjasa dibuang,yang jadi "biawak hidup disimpan" (contohnye Haris) orang pekak,bute,tuli, bodoh je yang takkan nampak dan tahu yang haris tu memang tak leh buat kerje..berkepit ngan awek je yang dia tahu..

Naib presiden pun cam bodo..cakap terer tapi habuk takde..budget ko dah tua ko stylo r..perangai cam bebudak..nak muntah aku tengok..

Presiden plak cam tunggul kayu..sikit2 nak nyanyi...padahal suara cam katak puru..ko ingat ko boleh jadi penyanyi ke..jangan haraplah..pegi mati lagi ok..

yang korang amik si soffian tu apsal.muke alim perangai cam setan.dia tu samseng..penah masuk lokap pukul orang tu..aku pun penah tengok dia libas budak pakai kayu..

dengan aku ko takyah bohong lah..fida tu bukannye nak sangat buat keje pun kan? saje nak popular masuk SMPP..aku tak tau ape pangkat ko sekarang..tapi ko memng tak layak ada kat situ..

aku komen bebudak ni sebab aku kenal diorang, yang lain tu aku tak berani cakap coz aku tak tau..jadi tak adil lah kan..buat Aznyda, Dekan pun dah menyampah tengok muke you tau..asyik nak jek je...kalau ko hebat sangat takyah mengampu lah..

walauapepun, Law Soc tetap best..dengan pimpinan baru ni aku yakin SMPP akan tersungkur menjilat kaki Law Soc..

Aku tak poyo aznyda aku cakap dari hati yang ikhlas..tak macam ko..talam dua muke..

pisang montel said...

wow adk komander bob mrah tl ni.mmg tl ape ko ckp.klu dh ltk jawatan, jgnlh msk cmpur hal org lg.Pimpinan bru pn jgn lh jd kayu.aidil npk gaya doa ko x makbul lh, MPP skang berebut jwatan MPP Pusat.Diorang xdpt.Pastu mrajuk.Abslah pasni jnji tgl jnji.Klu leh vote of no confidence kn best.MPP kite tau wt lawatan je.Paling hebat pn wt surat sokongan (surat jek) pd...
'SAYA WAKIL PELAJAR UNDANG-2 MENYKONG SPENUH HATI TINDAKAN..'bODEK smpi x hengat dunia.

adik utara-selatan said...

tahhape hapela korang nie... diorg nak jadik ape pun macamla efect sangat hidup korg.. purpose korg kat uitm pun nak blaja.. habis blaja berambos keje.. takyahla sebok2 buat rilek sudah.. adik komander bob, pian mane pukul orang? bagitau meh? nak tau sape yang tinggalkan komen nie, pegi tanye kat pian meh.. settle table talk lagi sngkan? by the way, tuhan marah bukak pekung orang.. kalaupun bende tu betul.. kan ke tak elok kalau orang berkata buruk tentang kite? suke ke kalau saya cakap adik bro bob nie suke melancap? kalau nak cakap tak,takyah menipulaaa hahaha!! malukan? begitu jugalah perasaan pian.. tak puas hati boleh carik.. ok? assalamualaikum... nice job aidil! keep blogging

Soffian Ali OnLine said...

kepada adik utara selatan terima kasih. sememangnya kita bersaudara. awak ni sape adik komander bob? awak ada masalah ngan saya ke? janganlah babitkan saya dalam ketidak puasan hati awak. biarlah Allah sahaja yang mengadili saya.

Ideal said...

Pian (soffian ali online),

Usah risau. Orang yang berselindung di sebalik nama samaran yang sedemikian rupa, biasanya adalah golongan yang pengecut. Seperti kata saya di atas, "baling batu sembunyi tangan."

rahim said...

Kepada MPP igt lh manifesto msg2 yg telah digembar gemburkn sblum plhan raya.Klu MPP didapati tdk mnjalankan tanggungjawab ngan tul, rase elok lh kite beramai2 wt vote of no confidence bak kata pisang montel..

Aznyda said...

aidil, sape adik komander bob ni? sedapnya mulut mengata orang sampai mcm tu skali. sape yg tak igt dosa pahala agaknya ni.

Semoga Allah lembutkan hati saya untuk maafkan org yang buat fitnah sampai mcm ni skali. SMPP baru tu adalah org yg perform mase interview dan masa term lepas. SEMUA smpp term lepas buat keja tapi ade yang taknak stay sbb ade komitmen lain.

i wont deny yang sume bagus, walaupun ade yg buat keja separuh jalan. tu pun salah presiden ke?mengucap la wahai pengecut yang tanak bgtau nama. asalkan saya tau ape yg saya buat, Allah jadi saksi dunia akhirat, org lain tu cakap la ape2 pun. Bodek dekan? dekan tu tak makan bodek student yer. kalau tak dah lama saya ni pg oversea makan duit student kalau saya ni kaki bodek.kalau pandai bodek,takde maknanya ponteng kelas buat keje.kalau pandai bodek, baik pg abiskan duit yang korang bayar extra 100 dalam yuran tu.

taubat la,Jgn mati tak sempat mintak maaf dari mangsa fitnah dah la.

pasal sijil SLG, topi dan tshirt, sume volunteer lain dapat je.mane awak bila org bagi sume tu? volunteer ape benda kalau mtk datang pkul 7 tp dtg pkul 9. pastu menceceh nk sijil

Aznyda said...

adik-adik,Sijil untuk sume prog MPP ade kat ofis level 6. kalau diri sendiri yang tak reti2 nak baca notis, mane nak tau kalau sijil dh siap ke blum. tau nk marah org je.

kitorg mmg buat utk korang je. masalahnya selalu pending sbb fakulti dah abis stok sijil kosing atau dekan takde nk sign sijil tu.sbb tu lambat dapat.

nasib baik la mpp buat prog lawatan, at least bar council, AG's chambers and firms dah tau pasal law uitm ni+advantage kita.diorg mmg terang2 kata prefer bdk uitm. korang gak yg senang nk keje nanti.tu pun takleh nampak ke?tau nk kutuk ape yg org buat je.

Aznyda said...

kesiannya pengecut yg takde nama tu.marah betul tapi pengecut gile sbb tu tanak bgtau sape dia. jgn mati ngn sakit hati k?hahahahaha kelakar gile budak2 mentah ni.

Aznyda said...
This comment has been removed by the author.
Aznyda said...

aidil, saya tau awak rapat dgn pian. jadi awak akan tau baik buruknya mpp. ape yang mpp dah buat, ape yg mpp tgh usahakan, ape yg mpp akan buat, dan ape yg mpp tak buat langsung, awak bagitau la kat blog awak ni.sbb kawan2 awak byk yg tak tak bukak mata langsung. watercooler, PTPTN utk bdk honours mpp dah dapatkan. ATM kna dapatkan kelulusan dari bank Islam dulu. pembaikian kelas akan dijalankan cuti ni. yang lain under progress. kita takkan dapat semua skali serentak.parking kita xdapat selagi uitm tak bukak cawangan baru dan pindah setengah fakulti ke tmpt lain. surau kita dah revamp, tp kita mmg takde tempat lagi besar nk dijadikan surau. tp kita ade surai wanita kt lvl 7 dan cempaka 3. surau lelaki di lvl 6 dan cempaka 3. boleh guna jugak surau bisnes faculty di lvl 3.

masalahnya ade surau besar pun, kalau tak sembahyang pun takde guna gak.si pengecut adik komander bob dengan jantung berlubang tu sembahyang ke sampai boleh fitnah org mcm tu skali? tak la kot...tapi tak tau la kan aidil, minyak ngn air ni tak bercampur.

kepada pengecut2 tu, byk2 mengucap,bukak mata dan tgk ape yg ade dpn mata. jgn la jd tak matang smp mcm ni skali.

thanks aidil.

Soffian Ali OnLine said...

untuk pengetahuan semua..saya tak penah masuk lokap lah..kalau ada kes polis mane leh buat degree kat UiTM..buat adik komander bob..berdoalah agar saya tak mengetahui identiti anda..

Ideal said...

Rahim,

Vote of no confidence... Hmmh... Consti sangat neh!


Saudari Aznyda,

Terima kasih atas komennya. Maaf, saya pun tak tahu siapa 'adik komander bob'. Tapi pada pendapat saya, lebih baik tak usah dilayan, kalau sudah sampai ke tahap menghina pribadi individu.

Tentang Jantung Berlubang tu, saya kenal orangnya, dan setakat yang saya tahu, dia memang sembahyang. Baik, orangnya.

Apa-apa pun saya doakan moga-moga MPP kali ini akan berkerja dengan baik, dengan niat hanya kerana Tuhan, tanpa perlu mengharapkan pengiktirafan dari siapa-siapa. Sebab kalau nak harapkan pengiktirafan pelajar, memang susah nak puaskan hati semua orang - lain orang lain selera. Tapi kalau harapkan pengiktirafan dari Tuhan, insyaAllah, tak susah nak dapat. Sebab Tuhan itu cuma satu.


Saudara Soffian,

Saya tak tahu tentang lokap, jadi saya tak boleh nak komen. Namun satu perkara yang saya tahu dengan pasti, anda memang pernah memukul orang. Janganlah anda nak nafikan.

Malah sehingga lebam teruk tangannya. Anda memang seorang yang ganas - tapi dalam gelanggang silat je la. Kat luar gelanggang jadi baik balik. Huhu! Sebab tu anda menang pingat gangsa di UM tempoh hari. Kan? Kan? Kan?

Sampai lebam-lebam tangan Dollah anda pukul ya! Isy, isy, isy (geleng kepala)... tak patut betul...
;-)

Sori, Pian!

Soffian Ali OnLine said...
This comment has been removed by the author.
Soffian Ali OnLine said...

aidil,aku nak belajar silat korea pulak lah..cam best je..lagipun makcik aku dah bising, maen silat dah empat tahun..aku siap ajar anak buah aku lagi, tapi bengkung tak naik2..asyik awan puteh je..aku nak gak jadi pelangi hijau atau pun bengkung merah..koman-koman pun harimau pelangi sakti cula 7..haha..aku mai shah alam isnin ni..nanti aku cerita..

chemax_5 said...

salam ideal...
hurm...memng bertepatan btol tajuk tu...aku 1st time tgk blog ko ni...nampak gaye mcm syok je..jadi penghuni tetap la aku...aku nampak setuju dengan topik ni...

kepada adik komander bob...sungguh tajam kata anda menghina peribadi orang..kalo aku cakap perangai ko mcm ape ko kate kat soffian ali tu agak2 ko marah tak...ingat pesan org tua-tua kita dulu..."kerana pulut santan binasa...kerana mulut badan binasa..." jadi,beringatlah dengan kate-kate anda...nasihat ini ikhlas dari hati...

adik utara-selatan...nampak mcm bersaudara...kita kenal ke kat dunia nyata...

ape-ape pun ideal...teruskan penulisan...sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari mata pedang!
TERUSKAN!!

Ideal said...

Wah, chemex!

Selamat datang. Sori, baru perasan komen ko. hehe...

saRafaDzil + . + said...

ermm..stakat bacaan nihh..tuduhan yang di berikan oleh adik komander bob tu memang keterlaluan.
pada pendapat saya..dia xkenal org2 yg btol2 buat kerja..sebelum mngata orang cermin dr sndiri dulu..kalo vice president tu byk pandai ckp je.tp xbuat kerja...rasenya byk gak kerja yg xberjalan..jgn hidup nk dengki ngan org je..xtenang idup tu..

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP