Thursday, October 18, 2007

Simposium

'Pagi-pagi morning' lagi saya menerima sms dari teman penulis, Razif Abd Rahim, bertanyakan sama ada sudah menerima surat dari DBP atau belum. Lalu saya yang masih agak mengantuk pun bangun, segera ke peti surat di luar.

Ada dua surat yang ditujukan kepada nama saya. Salah satunya, memang pun bersampulkan DBP. Isinya tentang jemputan untuk ke Simposium Penulis Pelbagai Kaum ke VIII di Kuantan, Pahang. Kata Razif, dia mahu pergi, tapi kalau boleh mahu mencari siapa-siapa kenalan yang mahu ke sana juga.

Kalau mengikut atur cara majlisnya, agak menarik juga. Antara yang akan mebentangkan kertas kerja termasuklah SN. Dato' A. Samad Said dan penulis tersohor Faisal Tehrani. Tapi melihatkan tarikhnya pada 26-28 Oktober, aduhai, saya ada paper final, ketika itu! Rugi rasanya tak dapat pergi!

Surat kedua, ternyata dari penerbit Jemari Seni Publishing. Wah, belum jadi penulisnya lagi sudah dapat kad raya! Terima kasih, Kaksu! =)

3 comments:

Soffian Ali OnLine said...

"pagi-pagi morning?" aik dah jadi ABI ke?
tak stylo la kalo camtu..haha..pulun jangan tak pulun..

aL-MaRBaWi said...

oh ya,
mengikut kata abang Faisal,
karya saya akan disiarkan
pada bulan Disember ini,
sama ada Dewan Sastera ataupun Dewan Siswa.
harap-harapnya cepatlah disiarkan! hehe

Ideal said...

Pian,
Abi kan hot! Huhu...

Al-Marbawi,
Nanti bila sudah disiarkan, sms lah saya, beritahu. Kalau di Dewan Sastera, tak ada masalah, sebab memang saya beli majalah tu setiap bulan. Tapi kalau di Dewan Siswa, kalau saudara tak beritahu, memang saya tak beli. Sebab saya bukan pengikut setia majalah tersebut.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP