Wednesday, November 14, 2007

Joseph Conrad

Tengah hari tadi atas ajakan seorang rakan, Wan Nor Azriq, saya telah ke Times Book Store di Bukit Bintang. Ada pameran tentang Joseph Conrad di sana.

Penulis kelahiran Poland ini begitu terkenal ketika zaman imperielisme. Karya-karyanya antaranya mengangkat tema kemanusiaan, serta realiti kedaifan kaum kulit hitam di Afrika.

Uniknya tentang Conrad, ialah bahawa dia hanya mampu berbicara dengan baik dalam bahasa Inggeris ketika umurnya mencecah 20 tahun (itu pun masih dengan dialek Poland yang pekat). Namun itu tidak menghalang beliau untuk menjadi novelis unggul berbahasa Inggeris.

Suatu lagi perkara yang menarik perhatian saya ialah akan kenyataan bahawa Conrad, ketika hidupnya, pernah dikecam sebagai pengkhianat bangsa Poland kerana memilih untuk menulis di dalam bahasa Inggeris. Namun hari ini, bersempena dengan hari kemerdekaan Poland, pihak Kedutaan Poland telah mengadakan exhibisi memperingati 150 kelahiran Joseph Conrad. Dari seorang pengkhianat, menjadi seorang wira.

Nah, bagaimana pula sikap kita terhadap penulis-penulis Malaysia yang memilih menulis dalam bahasa Inggeris? Tepuk dada, tanya selera…

6 comments:

nurinmz said...

I write both in Malay and English tetapi saya senang berbahasa Melayu bila berpuisi dan sungguh saya rasa bebas bila dapat menulis melalui bahasa yang paling saya kenali. But da'wah goes beyond personal interests and requires diversity other than creativity, thus menyampaikan mesej melalui pelbagai bahasa adalah satu kelebihan untuk meluaskan capaian. Apapun, menguasai sesuatu bahasa dengan baik dan menggunakannya sebagai medium komunikasi mungkin memberi impak maksima kepada kelompok yang memahami. Allahua'lam. :)

Soffian Ali OnLine said...

aku pernah gak baca tentang brader nie..
ada orang cakap nak letak dia dalam buku sylibus matapelajaran sejarah kat Malaysia..

Ideal said...

Nurinmz,

Sesungguhnya bahasa itu jiwa bangsa, sehingga Ibnu Khaldun pernah mengatakan bahawa salah satu prasyarat untuk sesuatu bangsa itu maju adalah anak-anak bangsanya dididik di dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Pun begitu, kita juga tidak harus menafikan sumbangan atau mengetepikan anak-anak bangsa yang memilih untuk menulis di dalam bahasa luar, kerana sesungguhnya mereka ini sebenarnya membawa suara hati bangsa kepada khalayak yang tidak dapat berbahasa kita.


Soffian Ali,

Yup, Conrad memang pernah datang ke Malaya suatu masa dahulu.

Mas said...

cuma nak kata hai kat aidil... lama tak singgah ke sini.... ;-)

Ideal said...

Mas,

Ya, terima kasih kerana masih sudi menyinggah. Nak saya buatkan kopi atau teh? hehe...

;-)

Carina said...

Interesting to know.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP