Tuesday, December 04, 2007

Menggeletar

Entah kenapa, saya jadi takut hendak menulis. Sangat-sangat takut. Serasa seperti sentiasa ada mata-mata yang memerhati setiap gerak dan kalau tersilap – walau segarit – habislah saya nantinya. Argh, perasaan itu!


p/s: Gambar hiasan: bersama Pak Samad ketika sesi bersama-sama Sasterawan Negara, Minggu Penulis Remaja 2007.

8 comments:

eja said...

eja pun rasa takut menulis dan kadang-kadang semangat macam dah lemah. bukan sebab kena kritik. tapi rasa macam apa yang eja tulis selama ni 'rubbish'. tapi eja tak kisah. belajar dari pengalaman dan orang yang lebih pakar. kritikan asam garam dalam bidang penulisan.

eja said...

ada member kirim salam... hehehe

Mantan MPR said...

salam...

aidil, izinkan saya gunakan gambar ini untuk mengiring entri di blog MPR ya. Terima Kasih.

Ideal said...

Ya, ya... silakan. ;-)

anis sarah said...

salam...
mata-mata siapakah yang memerhatikan itu? adakah gerangan si lelaki egois lagi misterius itu? hahaa... betul juga kata eja, terasa apa yang saya buat sebelum ni macam rubbish je. dan kini dilanda writer's block, huhuu...

http://ladymariah.org/ said...

tulis saja apa dalam mindamu. tapi memang wajarlah rakyat malaysia punya ketakutan seperti kamu. 1 pihak harus dipuji dan diampu. kalau tidak, nahas lho!

Ideal said...

Haha... bukan si lelaki egois, bukan juga si pihak yang berkenaan. Sebaliknya bukankah Tuhan sentiasa memerhati? hehe...

pian da lonely tiger said...

camne result??? aku dah tergagal satu paper lah..adus..pedihnya...aku rase puan saudah tak suke aku lah...

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP