Friday, December 28, 2007

Moi Cheng Ah

“Tak boleh, kamu tetap Islam juga!” Kali ini suara Datuk Umar semakin tegas. Sebetulnya dalam hatinya teringatkan ugutan-ugutan yang diterimanya semalam; betapa andai dia tak mampu menyelesaikan masalah ini, dia tidak akan dipilih lagi menjadi ketua.

Petikan di atas adalah dari cerpen yang disiarkan dalam Majalah I, Januari 2008.

Tapi apabila saya membacanya kembali – cerpen yang bertajuk Moi Cheng Ah ini – saya tak pasti adakah maksud sebenar yang ingin saya satirakan itu sampai. Sebab ternyata nama-nama wataknya telah diubah.

Datuk UMar NOh (huruf-huruf besarnya memang sengaja begitu) telah diubah menjadi Datuk Umar sahaja.

Pak Aji Sani telah diubah menjadi Aji Sani sahaja.

Pun begitu, perubahan-perubahan itu sebenarnya sangat penting dilakukan, bagi mengelakkan baur sensitif dalam cerpen tersebut. Dalam hal ini, editor Majalah I harus dipuji dalam menjalankan tugasnya dengan cekap. Kadang-kadang penulis – apatah lagi yang masih hijau macam saya ni – hanya tahu meluahkan sahaja tanpa tahu berselindung dengan penuh berseni. Maka perlulah editor campur tangan. Terima kasih, editor! =)

* * *

P/s: Saya juga perlu mengucapkan terima kasih kepada Kak Salina Ibrahim, juga Abang Faisal Tehrani, yang telah bersusah payah tolong kirimkan cerpen ini kepada editor. Ternyata rekomen Kak Salina cukup kuat, tak sampai sebulan sudah diterima!

5 comments:

anis sarah said...

tahniah aidil!
lepas ni tggu antologi pula.

Ideal said...

Anis Sarah,

Tahniah juga untuk cerpen Bulatan di Tunas Cipta.
;-)

muizzah said...

tahniahhh...
saya belum baca lagi tapi saya agak tentu cerpen tu best.

muizzah said...

tahniahhh...
saya belum baca lagi tapi saya agak tentu cerpen tu best.

Ideal said...

Muizzah,

Tahniah juga untuk puisi Sebermula Kau dan Aku di Sisipan Tunas Cipta Dewan Sastera keluaran Januari. Moga terus gagah berkarya!

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP