Wednesday, December 12, 2007

Saya Hidup Dalam Ketakutan...

Hari ini saya menonton orang lain diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak berkuasa, esok lusa tidak mustahil kalau saya pula yang akan diperlakukan sebegitu.

Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak-hak orang yang ingin ditahan oleh pihak berkuasa. Antara haknya, termaktub dengan jelas, adalah untuk diberitahu akan alasan dan sebab musabab mengapa dia ditahan.

Dan untuk menangkap seseorang, polis perlu mempunyai warrant tangkap yang dikeluarkan oleh Majistret. Kecuali, seperti yang termaktub di dalam seksyen 23 Kod Prosedur Jenayah, sekiranya yang ingin ditangkap itu adalah berkenaan jenayah-jenayah seizable.

Video di bawah ini adalah rakaman penangkapan yang dilakukan oleh polis berkaitan penghantaran memorandum BERSIH.

Berkali-kali Tian Chua meminta ditunjukkan warrant tangkap. Namun dinafikan hak tersebut oleh pihak polis. Pulak tu, apabila ditangkap secara paksa, polis telah menggunakan kekerasan pula. Memukulnya di bahagian perut. Kedebuk!

Dan berkali-kali juga dilaungkan, diminta, malah didesak, “Bacakan hak saya sebagai rakyat Malaysia. Bacakan hak saya sebagai rakyat Malaysia (iaitu alasan kenapa saya ditahan).” Tetapi terus-menerus dinafikan oleh polis.

Kalau pun penangkapan itu adalah di bawah akta ISA, dia masih mempunyai hak untuk diberitahu alasan kenapa dia ditangkap. Ini berlandaskan kes yang pernah diputuskan oleh mahkamah, Abdul Ghani Haroon v Ketua Polis Negara.


Saya ambil ini dari blog Anwar Ibrahim.


Dan ini dari blog Noorizamshah.

Perlu diingat, penangkapan tanpa warrant tangkap, dan tanpa mengikut prosedur yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Kod Prosedur Jenayah adalah tangkapan yang tidak sah. Malah merupakan suatu jenayah yang dilakukan oleh pihak yang menangkap! Dan orang yang kena tahan pula berhak melawan (ini adalah berdasarkan kes PP v Ong Kee Seong).

5 comments:

www.muizzah.blogspot.com said...

Kekerasan bukan jaminan penyelesaian masalah. Undang-undang patut didahulukan.Saya telah terbiasa melihat kekerasan di kaca tv sejak saya berumur 12 tahun. bukan di luar negara, tetapi di tanah air sendiri. ketika itu saya masih seorang budak tapi saya amat-amat tidak bersetuju dengan kekerasan. bukankah batu akan terhakis juga oleh air????
setiap manusia memiliki hak masing-masing. dan setiap hak itu tidak patut dicabul oleh mana-mana pihak.
saya cukup-cukup benci dengan keganasan. saya cukup-cukup benci dengan perkara yang dilakukan tanpa sebarang alasan yang munasabah!
minta dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini. ameen

Ideal said...

Yup, kekerasan itu memang satu hal. Tetapi yang lebih utama lagi, dan yang lebih-lebih menakutkan lagi ialah apabila mereka yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang malah telah bertindak membelakangkan undang-undang.

Anonymous said...

membelakangkan undang2....
emmm... jadi masih perlukah undang2 ?????

pian said...

undang-undang itu perlu..penatlah saya amik law kalo tetibe undang-undang malaysia dibubar terus..

pian said...

undang-undang itu perlu..penatlah saya amik law kalo tetibe undang-undang malaysia dibubar terus..

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP