Monday, December 24, 2007

Teratak Suluk

Hari ini, setelah hampir sebulan (ataukah mungkin lebih?), saya akhirnya tiba-tiba tergerak hati nak kemas bilik. Bukanlah tiba-tiba sangat sebenarnya, sebab keinginan itu datang ketika saya baca entri di blog Along tentang mengemas ruang kerja di rumahnya. Tiba-tiba rasa semangat pula nak kemas bilik yang dah jadi tunggang-langgang sangat ni. Terutamanya meja belajar yang dah jadi macam meja… hmmh… nak kata meja tikus boleh ke? Sebab tikus sebenarnya tak ada meja kan?

Lalu saya pun mula menjalankan aktiviti mengemas. Dan hasilnya… Tada!


Macam saya kata di entri ini, bilik saya memang agak sempit.


Buku-buku atas meja tu memang saya sengaja biarkan di atas meja, tak disusun di rak sebab itu adalah buku-buku yang sedang dibaca, ataupun yang belum dibaca lagi. Jadi bila diletak di atas meja begitu, sekurang-kurangnya mengingatkan saya bahawa masih ada tugasan yang belum selesai – iaitu untuk menghabiskannya secepat mungkin supaya dapat nanti diletakkan di rak – sekaligus jadi macam motivasi, gitu. Hmmh... tak tahulah sempat ke tidak nak habiskan semuanya. Buku-buku yang dapat ketika MPR di DBP sahaja sudah 9 buah. Semuanya belum mula dibaca lagi!

Yang sedang dibaca:

1)An Artist of The Floating World - Kazuo Ishiguro
2)Siddhartha - Hermann Hesse (bila baca buku ni teringatkan Azriq, sebab dia suka tulis cerita-cerita yang mengangkat tema "Aku adalah Aku." Azriq, cubalah cari buku ni. Atau memang sudah dibaca?
3)Hakikat Syi'ah - Abdullah bin Abdullah Al Mushi
4)Biografi Dato' Onn: Hidup Melayu - Anwar Abdullah (buku ni dah lama dibeli tapi tidak dibaca. Tiba-tiba terasa nak baca selepas tonton filem 1957: Hati Malaya)
5)Other Colours: Essays and A Story - Orhan Pamuk

Kenapa baca sekali lima buah buku? Sebab hari tu Abang Faisal ada pesan, "mulai sekarang, biasakan diri membaca banyak buku sekaligus." Jadi saya pun nak cubalah (tapi saya tak sedar diri, yang saya ni sebenarnya seorang pembaca yang lambat! Nak ikut orang yang dah pro. Ahaks!) Kata Pak Samad pula, membaca sekaligus banyak buku ada kelebihannya, iaitu kita akan sukar berasa bosan. Apabila rasa bosan dengan satu-satu buku, beralih dulu ke buku lain, sebelum kembali lagi ke buku yang tadi. Pak Samad sendiri mengamalkan gaya pembacaan seperti itu.


Yang segedabak berjilid atas meja tu ialah manuskrip yang tengah saya kerjakan sekarang ni, yang entah bila-bilalah nak siapnya! Dah janji pada penerbit nak pulangkan sebelum tahun baru. Tak tahu sempat ke tidak. Mak pula asyik bising bila saya berkurung dalam bilik saja, tak keluar-keluar. Katanya saya ni asyik makan-tido-makan saja kerjanya. Hmmh!

4 comments:

Nisah Haji Haron said...

wah! tebal manuskrip tu. :-)

eja said...

dlam banyak2 benda kat bilik aidil, eja lebih tertarik untuk tahu tentang manuskrip yang tebal tu. huhuhu...
rasa jeles pun ada sebab nampak macam aidil sedang selesaikan sesuatu projek yang besar!

Aidil Khalid said...

Kak Nisah, Eja,

Doakan segalanya lancar, ya. ;-)

hani salwah yaakup said...

Mmg tebal manuskrip tu...Kalau dah jadi kenyataan bagitau la ye!

Tgk senarai buku yang dibaca,bagus-bagus semuanya. Nanti blhla buat ulasan...mana tau boleh baca jugak kan.

Bila tgk bilik awak ni teringat bilik sendiri yang berterabur dengan buku tapi tak sempat2 nak kemas...seronok tgk bilik lelaki kemas2 ni...luas sikit mata...huhu...

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP