Thursday, January 31, 2008

Persoalan, persoalan...

Bilik kuliah penuh sesak sehingga ke kerusi di bahagian paling belakang.

Pensyarah di hadapan memberikan kuliah. Suaranya perlahan. Pelajar di belakang tidak dapat mendengar. Pensyarah terus dengan kuliahnya. Pensyarah kemudiannya jadi berang sebab para pelajar tidak memberikan perhatian kepadanya. Dia menjerit,“Kamu dengar tak saya cakap, ni?” Dalam nada marah itu pun suaranya masih juga perlahan. Pelajar masih juga tak dengar.

Pensyarah merajuk. Pensyarah keluar kelas meninggalkan seisi bilik kuliah terpinga-pinga.

Persoalan. Siapakah yang bersalah? Pensyarah yang suaranya pelahan itukah, atau para pelajar yang tidak mendengar itukah? Atau memang kedua-duanya tidak bersalah, sebab bilik kuliah itu sebenarnya yang salah….

Saya yang duduk di belakang turut terpinga-pinga tak tahu sama ada patut rasa bersalah atau bagaimana.


***

Untuk karya bulan ini, boleh dapatkan Dewan Budaya keluaran Februari 2008. Cerpen saya itu bertajuk Burung Hitam dan Abu Nuwas. (Ambil perhatian, cerpen tersebut tidak ada kena mengena dengan persoalan bilik kuliah di atas. hehe.)

Untuk cerpen tersebut, saya harus berterima kasih kepada Puan Zaharah Nawawi, yang telah mencadangkan kepada saya tajuk yang menarik itu. Tajuk asalnya sebenarnya saya berikan: Santapan Beradab. Sangat tak menarik, kan. Harus saya akui, saya memang agak lemah dalam hal ehwal memilih dan menentukan tajuk karya. =)

Biasanya orang yang pandai beri tajuk karya ni adalah orang yang berjiwa puitis. Mungkin saya belum cukup puitis lagi. Huhu!

4 comments:

Wan Nor Azriq said...

Tahniah buat cerpen di dewan budaya, dan juga buat seorang penulis yang akan meningkat ke status ultramapan hehe. Teruskan usaha :)

Aidil Khalid said...

Azriq,

Tahniah juga buat cerpen awak yang tersiar di Dewan Kosmik, juga essei kritikan di Dewan Sastera. Wah, nampaknya awak sudah melangkah semakin bergaya dalam menjadi seorang pengkritik yang hebat. hehe.

anis sarah said...

salam. saling bertukar ucapan tahniah nampaknya. jadi saya di sini juga ingin ucapkan tahniah, hehe.

hani salwah yaakup said...

Tahniah tahniah...saya akn cr masa baca cerpen ni...hehe!

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP