Friday, February 29, 2008

Tentang Jangka Hayat

Masyarakat Jepun dikatakan antara masyarakat yang memiliki purata umur paling panjang di dunia. Kalau tidak silap saya, rakyat tertuanya berumur 113 tahun sebelum meninggal dunia baru-baru ini. Rahsia panjang umur mereka ini dikatakan ada kaitan dengan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Pun begitu, kita berbangga kerana kini masyarakat kita juga sudah semakin hari semakin memiliki purata umur yang lebih panjang lagi. Mungkin peningkatan yang positif ini ada kaitannya dengan budaya pemakanan yang sihat, termasuklah belacan, tempoyak, petai, cencalok, serta tidak dilupakan, tempe. Tetapi ramai juga yang beranggapan bahawa jangka hayat yang mendadak sahaja panjang ini ada kaitannya dengan pilihanraya umum yang bakal menjelang. Yang hendak mati boleh tiba-tiba sahaja jadi sihat lantas tak jadi mati. Yang sudah mati pun boleh bangun kembali untuk pergi mengundi, kemudian kembali lagi ke kubur untuk beristirehat sebelum bangun semula di pilihanraya seterusnya.

Pun begitu, berdasarkan kajian, masakan Melayu lemak cili padi adalah antara yang paling ketara menyumbang kepada jangka hayat yang panjang. Ini terbukti apabila penduduk di Rembau, Negeri Sembilan (yang sememangnya terkenal dengan masakan lemak cili padi) mengungguli carta jangka hayat paling panjang. Rakyat tertuanya, Safiah binti Ujang, kini sudah berumur 119 tahun. Beliau yang dilahirkan pada tahun 1889 masih lagi 'sihat', malah katanya, beliau begitu bersemangat hendak pergi mengundi pada 8 Mac ini.

Nor Salina binti Sarjo, Vellasamy a/l Perumal, Hoo Chin, dan Long Fatt, masing-masing berumur 112, 111, dan 109 tahun, juga masih 'cergas'. “Kami akan sama-sama mengundi di Rembau, nanti,” kata mereka. Malah baru-baru ini, ketika hari penamaan calon, mereka semua sama-sama menyambut ketibaan Khairy Jamaludin, yang akan bertanding untuk kerusi parlimen daerah tersebut.

Apabila ditanyakan sudahkah mereka menyemak daftar mengundi, masing-masing mengatakan sudah. Mereka malah memberikan nombor kad pengenalan untuk disemak di laman SPR. Siapa-siapa yang masih sangsi akan "jangka hayat" nama-nama yang disebut di atas dijemput untuk sama-sama menyemaknya. Klik di sini untuk menyemak dan masukkan nombor i/c di bawah.

Salah seorang dari mereka kemudiannya menambah, "Selalu-selalulah makan lemak cili padi. Inilah tandanya Malaysia Boleh!"

a) I/C: 890211050014 - SAFIAH BINTI UJANG (119 TAHUN)
b) I/C: 961022505236 - NOR SALINA BT SARJO (112 TAHUN)
c) I/C: 971219750079 - VELLASAMY S/O PERUMAL (111 TAHUN)
d) I/C: 991230710156 - HOO CHIN (109 TAHUN)
e) I/C: 991025740081 - LONG FATT (109 TAHUN)



* Butir-butir kad pengenalan diambil diambil dari blog ulasbuku.blogspot.com. Sekian, terima kasih.

10 comments:

encik said...

ake pun ingat kne makan tempe la aidil...baru muke krg jerawat sket...awet mude...pastu pekene masak lemek cili api plak...peh....bole masuk guiness book of records tu...hahha...

encik said...

tadi aku...sahabtmu chemax...

Zulkijora said...

Attention!

Nazmi Yaakub said...

mula2 dengar mmg lawak. lama2 jadi ngeri.

aku tulis sebuah cerpen. ada kurang lebih. dan aku lebih2kan juga di kawat.blogspot.com

Aidil Khalid said...

Chemax,

Yup, marilah sama-sama kita makan tempe dan lemak cili api. Boleh menyihatkan badan, sambil membina otot-otot kental. huhu!


Nazmi Yaakub,

Memang sangat menakutkan!
Wah, tercungap-cungap tak cukup nafas, membaca cerpen saudara.

Nazmi Yaakub said...

ok, kali ini aku update dgn e-mel2 yg tak perlu dicuri nafasnya.

aku cadangkan kau buat laporan pada world guiness book of record tu.

pecah rekod dunia tuuuu

anis sarah said...

hahaa... bila awak masa pergi 'temuramah' mereka semua tu?

Wan Nor Azriq said...

makanlah tempe dan jadi muda macam MB Selangor. Hehe itu dia yang cakap walaupun ada orang kata dia suntik botoks.

Anonymous said...

itulah, dengan tak semena-mena ada beribu-ribu orang berumur lebih 100 tahun di Malaysia ni. Ada pulak tu namanya sah nama moden macam Nor Salina tu...

Anonymous said...

Je vais enseigner un cours d'écriture créative cet été pour un groupe de 11-14 ans. J'ai écrit expérience dans l'enseignement (surtout la poésie) pour les adultes, mais les enfants l'enseignement sera un nouveau territoire. Quelqu'un at-il de bons conseils, des sites Web, des ressources pour les exercices et les matériels de lecture pour ce groupe d'âge? Merci!.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP