Friday, March 28, 2008

Dishonest Misappropriation

Jalan dari rumah saya hendak ke surau, tidaklah jauh. Tak sampai lima ratus meter pun. Tapi kalau waktu malam, tersangatlah gelap. Di jalan kecil itu tidak ada lampu jalan.

Malam tadi, waktu sedang berjalan pulang dari surau selesai solat isyak, mata saya tiba-tiba tertancap pada sesuatu yang berkilat-kilat di atas jalan (pantulan dari tempias lampu jalan besar). Saya picingkan mata, dan melangkah mendekat. Rupa-rupanya sebuah buku, atau lebih tepat lagi, majalah Readers Digest – dan yang berkilat itu kulitnya.

Saya capai, lalu cuba pastikan keluaran bila. Wah, keluaran terkini, April 2008! Masih cantik lagi. Siapalah yang tertinggal majalah sebegini, yang harganya (bagi saya yang kering poket ni) sangat mahal di jalan yang gelap seperti ini?

Hati meronta-ronta rasa nak ambil sahaja majalah itu, bawa pulang – maklumlah, bukan senang nak dapat majalah percuma. Tapi, baru sahaja siang tadi waktu tutorial Criminal Law, kami membincangkan tentang jenayah dishonest misappropriation.

Dishonest misappropriation itu, antara lain, adalah apabila seseorang itu menjumpai sesuatu, lalu dia mengambilnya tanpa terlebih dahulu mengambil apa-apa inisiatif untuk mencari pemiliknya. Dan kesalahan ini, menurut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, boleh dihukum dengan penjara tidak kurang dari enam bulan. Lama tu!

Saya belek-belek majalah itu, dengan bantuan tempias dari lampu di jalan besar. Isinya nampak macam menarik.

Nak ambil, atau tidak? Nak jadi budak baik atau budak jahat? Nak buat jenayah dishonest misappropriation atau tidak? Hehe.

Isinya, sekali belek, antara yang menarik, adalah tentang Jungle Girls, iaitu menceritakan bagaimana kehidupan anak dan balu Crocodile Hunter setelah kematiannya.

Saya pandang kiri, pandang kanan. Hmmh... memanglah tak ada orang. Jalan kecil gelap begini, malam-malam, memang jarang orang lalu. Akhirnya saya buat keputusan untuk bawa pulang buku itu. Dan sebagai gantinya, saya letakkan posting ini, jadi kalau ada siapa-siapa yang tertinggal buku itu di jalan yang saya sebutkan tadi, bolehlah buat tuntutan. Secara tak langsung, tak jadilah dishonest misappropriation sebab saya dah ambil langkah untuk mencari pemiliknya. Kan? Kan? Kan?

Bijak, bijak….

* * * * *

Untuk karya bulan ini, cerpen saya bertajuk Komputer Baharu disiarkan di Majalah Nur, April 2008.

6 comments:

amir said...

wah tahniah..rajin tulis blog. sebenarnya saya ada 3 blog huhu tapi semua tak aktif...ye lukisan tu saya yg lukis :)

Anonymous said...

amboi...
insufficient notice la kalo just posting kt website.
kalo aku, aku pi ltak blk kt atas jln tu pas baca. hehhe...
tu hukuman dlm penal code. dlm agama?
pkr2kan.. :)

Kagahn said...

See Please Here

Aidil Khalid said...

Hmmh... betul jugak tu. Tapi kesianlah kalau ditinggalkan saja kat jalan tu. Nanti hujan ke... panas ke...

Anonymous said...

aidil yang hipokrit..
kenapa dan mengapa hidup dikaitan dengan Criminal Law? adakah kerana anda sudah habis revisi anda? adoi.. sesungguhnya ko memang pulun aidil pulun,...
apply Sec 95 of the Penal Code...

jamilah said...

Bagus, awak bakal jadi penulis besar suatu hari nanti. Sekarang pun dah profilik, apatah lagi masa depan, tentu lebih mantap. Chayok! chayok! dan tahniah, tentu tiap bulan karya tersiar di majalah.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP