Sunday, April 27, 2008

Jahat!

Baru saja selesai kertas Land Law II. Dan Aidil Khalid berkebarangkalian gagal satu subjek semester ini! Argh! Sangat tertekan. Soalannya tidak senang. Tidak juga susah. Cuma waktu yang sangat jahat. Sangat-sangat jahat. Ultra jahat, mungkin. Sehinggakan tak cukup tangan, dan kaki(?) hendak memegang pen menulis jawapan. Lalu? Ketika wisel penamat dibunyikan, dua soalan yang berjumlah 20 markah ditinggalkan begitu sahaja tanpa barang sepatah pun jawapan dinukilkan. Cuma keajaiban yang dapat meluluskan Aidil Khalid.

Lusa, satu lagi kertas yang dirisaukan. Administration of Trust. "Ha Ha! Ssselamatlah kau, Aidil Khalid!"

10 comments:

Sayap Janna'im said...

persiapan rapi..
persediaan padat..
nsha'allah selamat =)

ina marjana ulfah said...

salam sdr aidil,
tahniah, kak ina membaca mengenai sdr dari laman wan nor azriq yang juga baru kak ina baca dari komennya kpd sdr Roslan Jomel.
Apa yang menarik perhatian ialah sdr di UiTM Shah Alam bhgn Undang2.Kak ina jauh lebih berusia dr sdr, kak ina di UiTM Segamat mengajar undang2. selamat berkenalan & selamat berkarya.

anis sarah said...

haha... pinjam kuasa hiro nakamura lah!

syarin nusra said...

'masa' tak bersalah. kesian dia.

Aidil Khalid said...

Sayap Janna'im,

Terima kasih. Memang dah selamat dah pun. hehe.


Kak Ina,

Wah, pensyarah undang-undang rupanya. Salam kenal dan selamat berkarya juga. =)


Anis Sarah,

Semenjak saya pinjam kuasa Hiro Nakamura, memang waktu semakin baik dengan saya. hehe.


Syarin Nusra,

Itulah... memang 'masa' tak bersalah.

hani salwah yaakup said...

Aidil,

kak hani pindah ke alamat blog yang baru. Jemput jenguk!

ina marjana ulfah said...

aidil, bagaimana kertas2 yg lain? Harapnya semua ok. Tk kerana membuat kunjungan balas ke teratak kak ina yg tidak seberapa itu. Lupa pula nak minta izin utk membuat sambungan/'link' kepada blog aidil. Semoga mencipta kecemerlangan! Jika ada apa yg boleh dibantu,tuliskan sahaja di papan nota kak ina ya.

najibah said...

Terima kasih Aidil atas ulasan AAC untuk Bukuria. Salam perkenalan juga daripada akak. Dan all the best untuk examnya.

Aidil Khalid said...

Kak Ina dan kak Najibah,

Alhamdulillah, kertas-kertas yang lain boleh dikatakan 'ok-lah.' Hehe.

Dan Kak ina, yup, keizinan diberi. Lagi pun saya pun dah link kan blog Kak ina. ;-)

ikmalhmt said...

Salam perkenalan.

Saya berbangga melihat bila ada pelajar undang-undang uitm mampu menghasilkan karya bermutu, syabas dan teruskan menulis!

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP