Tuesday, April 15, 2008

Ripuh

Cadangnya saya hendak menulis entri Tentang Khalwat II. Tapi periksa akhir yang semakin dekat, dengan timbunan nota yang terlalu banyak (entah sempat entah tidak menghabiskan semua sebelum periksa) menyebabkannya terpaksa niat itu ditunda. Juga ada yang bertanya tentang perbezaan/persamaan novel-novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya HAMKA, Sitti Nurbaya karya Marah Rusli, dan Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman (susulan dari entri saya tentang novel Sitti Nurbaya). Nanti insyaAllah selepas periksa akhir saya akan membalasnya.

Sangat sedikit waktu, sangat banyak yang masih belum diulangkaji. Ni lah padahnya menangguh-nangguh; bila dah last minute baru nak stadi! Akhirnya terpaksalah pulun sampai tak hengat dunia!

2 comments:

Zololkis said...

See Please Here

Anonymous said...

salam aidil,

kaksu dah membaca ketiga-tiga buku ini pada zaman yang tak sama, TKVDV waktu sekolah menengah, SN:KT semasa tingkatan enam. AACT, lebih dua tahun dulu... ternyata, waktu (juga umur kita) membaca juga mempengaruhi 'rasa' kita terhadap mana-mana buku.

Waktu sekolah kaksu, iaitu lebih 20 tahun dulu, tentulah indah membacanya, sebab buku cerita waktu itu terhad, karya agung tak banyak (boleh didapati, maksud kaksu)... jadi indahnya terasa seperti lain...

Tanyalah 'rasa' kaksu sekiranya, kaksu pun baru membacanya buat kali pertama waktu ini seperti Aidil...! Tentu pendapat kaksu berbeza juga. Tentulah... pandangan kaksu sudah tidak sama... misalnya, waktu itu karya-karya Marah Rusli kaksu hanya lihat dari sudut adat Minang dan bahasanya sahaja, juga plot.

Sekaranga?
Kerana itulah, apabila orang Malaysia begitu tergila-gila dengan AAC, kaksu merasakan karya itu tidaklah sehebat yang diperkatakan orang. Apatah lagi, dalam itu ada beberapa perkara yang kaksu rasa berbeza dengan fahaman kaksu. Misalnya, masih adakah ahlil kitab dalam zaman sekarang?

Fahri dibiarkan berkahwin dengan Maria (yang Kristian Koptik)... dalam hal masyarakat di negaranya (Indonesia), yang bercampur-campur dengan masalah kahwin campur tanpa perlu menukar agama (ke Islam). Soalan kaksu, kenapa isu begitu yang dikutip untuk dikupas dan seterusnya di'ameen'kan?

kaksu berpeluang bercakap dan 'berdebat' (kalaulah bolehlah dikatakan berdebat) dengan Habiburrahman, dan ternyata fikrah kaksu tentang beberapa perkara yang beliau utarakan dalam novelnya itu, fikrahnya tidak sama dengan kaksu.

Malah setiap kali kaksu membuat kerja-kerja terjemahan buku-buku Indonesia (berunsur Islam) dari seberang, ternyata unsur 'jawen' masih menebal dalam karya-karya Islam mereka. Tidak kurang juga unsur-unsur kurafat dan keramat, diketengahkan... sewenang-wenangnya.

Dan pada pandanagan kaksu yang kerdil ini, novel-novel Islam dari sana perlu 'dijakimkan' dahulu sebelum disebarkan di negara ini.

Tetapi karya-karya Prof Dr. Hamka, hal ini tidak berlaku. Kerana itu karya Allahyarham, diterima dengan baik di Malaysia, malah Allahyarham mendapat gelaran, ulamak romantis. Al-fatihah untuknya.

Ini sekadar pandangan peribadi kaksu :)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP