Monday, April 07, 2008

Tentang Khalwat

Apabila seminar dua hari anjuran Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) mengeluarkan proposal untuk menguatkuasakan undang-undang khalwat kepada orang-orang bukan Islam, beberapa pihak – yang ingin jadi jagoan hak asasi manusia – telah dengan marah-marah atau setidak-tidaknya dengan sinis mengutuk tindakan itu. Kata mereka, tindakan sedemikian melanggar hak kebebasan beragama. Kita selaku orang Islam tidak punya hak untuk memaksakan doktrin mahupun ajaran Islam ke atas orang-orang bukan Islam. Begitu kata mereka.

Atas kenyataan-kenyataan tersebut, saya tidaklah menentangnya, namun tidak pula menyokong. Harus diakui bahawa terdapat kebenaran di dalamnya – kalau pun tidak banyak, sedikit. Pun begitu, ada baiknya jika kita melihat hal ini dari kacamata yang objektif, yang tidak diwarnai oleh apa-apa idealogi, sama ada idealogi liberal mahupun konservatif apa lagi kongkongan sempit politik kepartian. Harusnya kita melihat hal ini dari sudut perundangan itu sendiri – dan dari situ barulah kita dapat melihatnya dengan pandangan yang neutral.

Proposal dari seminar itu antara lain meminta supaya orang-orang bukan Islam, yang ditangkap berkhalwat dengan orang bukan Islam, agar dihukum bersama-sama dengan pasangan Islamnya. Hal ini, menurut proposal tersebut, adalah lebih adil, kerana khalwat melibatkan dua belah pihak.

Namun melihat kepada undang-undang sedia ada, sekiranya pasangan berkhalwat itu adalah di antara seorang Islam dengan seorang bukan Islam, maka hanya yang Islam itu sahaja yang boleh dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan lalu dihukum. Manakala pasangannya yang bukan Islam akan dilepaskan begitu sahaja. Hal ini adalah kerana menurut Perlembagaan Persekutuan Senarai ii dari Jadual ke 9, undang-undang syariah hanya boleh dikuatkuasakan ke atas penganut berugama Islam. Manakala orang-orang bukan Islam sama sekali tidak boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang syariah.

Berdasarkan undang-undang inilah para jagoan hak asasi manusia itu telah menyatakan bahawa proposal untuk menghukum pesalah khalwat bukan Islam adalah menyalahi Perlembagaan, serta melanggar prinsip kebebasan beragama.

Tapi, bagaimana pula, ya, tentang pepatah Melayu yang mengatakan bahawa kalau tepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi?

3 comments:

Dumuro said...

See Please Here

Nazmi Yaakub said...

kita kasi malu saja lah :)

saat omar said...

Kalau minat Kazuo, cuba baca Remains of The day...Kaazuo memang penulis yang saya admirer :)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP