Friday, May 09, 2008

Artikel di Web Bukuria-Malaysia

Sebelum peperiksaan akhir tempoh hari, saya ada menyebut mahu menulis tentang novel Ayat-Ayat Cinta. Nah, tulisan saya bertajuk Yang Pop dan Yang Serius dalam Ayat-Ayat Cinta boleh dibaca di web Bukuria.

Bukuria adalah laman web khusus buat para pencinta buku di Malaysia. Laman ini masih baharu, dan pengendalinya - Najibah - menjemput para peminat buku agar menyumbangkan tulisan-tulisan mereka seputar dunia perbukuan. Yang menariknya, para penyumbang akan dibayar honorarium - tetapi bukan dalam bentuk wang, sebaliknya dalam bentuk buku yang boleh dipilih sendiri oleh si penyumbang. Alangkah menarik!

Yuk, kita meriahkan bukuria-malaysia.com.

No comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP